Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook

Ramai Tak Faham Apa Itu Metaverse, Teknologi Lain Akan Kuasai Masa Depan – Tim Cook

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

“Saya selalu fikir penting untuk orang faham sesuatu perkara” kata Tim Cook. Sambungnya lagi, beliau tidak pasti jika orang kebanyakan boleh jelaskan apa itu metaverse.

Sejak pengumuman Mark Zuckerberg tahun lalu tentang visi metaverse-nya, Apple juga tidak mengeluarkan produk mahupun secara halus menyatakan sokongan terhadap “gerakan” itu.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah "Dunia Baharu" Ciptaan Mark Zuckerberg
  • Apple Tidak Setuju Dengan Idea Meta Mark Zuckerberg, Tak Berminat Cipta Dunia 'Appleverse' Sendiri
  • Tencent Bakal Beli Black Shark, Persediaan Untuk Metaverse
  • Manchester City Sertai Metaverse, Jadi Kelab Pertama Ada Stadium Maya
  • Menuju "Metaverse", Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%

Difikirkan semula, metaverse hanyalah alam realiti maya atau VR cumanya lebih banyak urusan dapat dilakukan di sana seperti berkomunikasi, membeli-belah dan bermain melalui alat VR.

Bunyinya gah — metaverse — tapi dasarnya ialah VR. Sudah tentu ia akan dikembangkan sehingga satu tahap manusia tidak perlu keluar rumah untuk “hidup”, itulah visi Zuckerberg.

Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

Tapi setakat ini, ia nampak seperti sekadar nama yang ditunggang jenama-jenama lain termasuklah pengeluar komputer.

Beberapa pakar berpendapat salah satu sebab metaverse ini terlalu hype adalah pengguna yang tidak faham apa sebenarnya ia dan ke mana arah tujunya.

Jun lalu, bekas CEO Google Eric Schmidt mengatakan bahawa tidak ada kata putus tentang apa itu metaverse.

There’s not an agreement on what the metaverse is. – Eric Scmidt

CEO Apple percaya realiti terimbuh (AR) ialah masa depan. Beliau berpendapat augmented reality akan menjadi teknologi yang sangat penting pada manusia sepertimana internet hari ini.

Laporan juga mendedahkan bahawa  peranti AR/VR Apple mungkin dilancarkan tahun depan.

headset apple

Cook percaya masa depan AR akan pergi jauh ke hadapan berbanding apa yang ada hari ini.

“Kita akan pandang ke belakang dan fikir macam mana kita pernah hidup tanpa AR”

CEO Snap Evan Spiegel pula berasakan idea metaverse adalah kabur dan andaian (hypothetical). Beliau juga kini menekankan AR sebagai salah satu rancangan syarikat.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY