Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tencent Bakal Beli Black Shark, Persediaan Untuk Metaverse

Posted on Januari 11, 2022

Tencent tidak alih lagi sebagai nama syarikat yang dikenali sebagai pembangun permainan video popular Player Unknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile). Tencent ini bukan sahaja pembangun permainan video tetapi merupakan antara syarikat IT terbesar di China.

Tencent kini dalam langkah untuk mengambil alih Black Shark, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar gaming. Menurut ciapan daripada @yabhishekhd, Tencent akan membeli Black Shark dengan harga CNY3 bilionĀ (~RM1.9 bilion) daripada Xiaomi.

Black Shark adalah sebuah syarikat pembuat telefon pintar dan aksesori gaming yang membangun sendiri. Namun, disebabkan Xiaomi merupakan syarikat yang melaburkan saham terbanyak untuk Black Shark, maka Xiaomi bertanggungjawab bagi syarikat Black Shark ini.

Breaking:
Tencent will acquire BlackShark Gaming part of xiaomi group in 3 billion yuan.#Tencent #BlackShark #Xiaomi pic.twitter.com/zcFLdSyG9C

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) January 10, 2022

Tencent mengambil langkah untuk membeli Black Shark kerana Tencent melihat Black Shark untuk menghasilkan set kepala realiti maya (Virtual Reality, VR) untuk Tencent. Perkara ini penting sebagai usaha Tencent bangunkan Metaverse versi mereka sendiri.

Set kepala realiti maya ini penting untuk Metaverse kerana ia adalah peranti penting untuk Metaverse itu sendiri. Kerana itu, Meta syarikat induk Facebook membeli Oculus (syarikat pengeluar set kepala VR) pada 2014 dan ByteDance juga membeli syarikat Pico (yang juga syarikat set kepada VR) selapas Meta mengumumkan Metaverse.

Buat masa ini, Xiaomi, Tencent mahupun Black Shark masih belum memberi maklum balas. Perkara ini mungkin akan dibincangkan oleh Martin Lau (Presiden Tencent) dalam perbincangan kewangan syarikat mereka pada masa akan datang.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Setahun Selepas Pengenalan, Akhirnya Black Shark 4 Pro Masuk Malaysia 17 Januari
  • GPU RTX 30 Yang Dicuri Tahun Lalu Dilapor Dijual Di Negara Ini
  • Thailand Dan Vietnam Antara Negara Yang Paling Banyak Meminta Google Membuang Kandungan Dari Platfom Tersebut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress