Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Manchester City metaverse

Manchester City Sertai Metaverse, Jadi Kelab Pertama Ada Stadium Maya

Diterbitkan Februari 23, 2022 ยท Dikemas kini Februari 23, 2022 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, Mark Zuckerberg telah mengumumkan penggunaan nama baharu bagi syarikatnya yang kini digelar sebagai Meta. Lanjutan daripada itu, beliau turut memperkenalkan Metaverse, iaitu sebuah dunia maya.

Semakin hari semakin banyak syarikat yang mula menceburi ke alam itu. Terbaru, Manchester City mahu mencuba perkara baharu dalam mempertingkatkan pengalaman bagi peminatnya dengan menyertai Metaverse.

Melaluinya, Manchester City mahu membangunkan Stadium Etihad dalam dunia maya tersebut. Sekaligus menjadi kelab bola sepak pertama dunia yang memilikinya.

Tambahan lagi, calon juara EPL itu turut sudah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan syarikat Sony di mana mereka memerlukan pakar yang mahir dalam realiti maya (VR).

Dikatakan, ia akan menggunakan teknologi penganalisis imej dan penjejakan kerangka yang dicipta anak syarikat Sony, iaitu Hawk-Eye. Dengan ini, stadium maya tersebut dapat menjadi realiti.

Kelab Manchester Biru itu percaya bahawa melalui stadium maya ini, mereka boleh memenuhkan sebanyak mungkin peminatnya ke dalam stadium itu.

Malah, peminatnya juga dapat menyaksikan perlawanan bola sepak dari mana-mana sahaja walaupun di rumah dengan menggunakan set kepala VR.

Selain itu, ia juga membolehkan peminat untuk berinteraksi satu sama lain dan membeli produk-produk yang hanya terhad di Metaverse sahaja.

Idea sebegini memang menarik tetapi pengalaman menonton perlawanan bola sepak secara maya tidak sama seperti di alam nyata.

Walau apa pun, adakah kelab bola sepak lain akan mengikuti jejak langkah Manchester City? Mungkin ini menjadi satu titik tolak dalam revolusi sukan bola sepak.

Sumber: inews

Baca juga:

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

  • Barisan ‘Laptop’ MSI Baharu Diumum, Siap Sedia Untuk Metaverse

  • i-City Ingin Jadi Yang Pertama Terapkan Teknologi Metaverse Di Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY