Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Tidak Setuju Dengan Idea Meta Mark Zuckerberg, Tak Berminat Cipta Dunia ‘Appleverse’ Sendiri

Posted on Januari 11, 2022Januari 12, 2022

Mark Zuckerberg nampaknya mempunyai cita-cita tinggi, menakluk dunia dengan dunia maya ciptaannya. Bagi penonton filem Matrix, konsep simulasi begini tidaklah janggal tambah pula dengan kemajuan teknologi hari ini.

Pun begitu, Apple, seperti dilaporkan Mark Gurman, tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam penciptaan dunia maya seperti dikejar Zuckerberg.

Walaupun mereka sedang membangunkan headset AR/VR yang boleh memacu ke arah dunia simulasi seperti Metaverse, namun Apple tidak berminat bergerak ke arah itu.

The Information melaporkan headset AR/VR dari Apple ini akan memuatkan dua paparan 8K, lebih daripada 12 kamera untuk penjejakan pergerakan tangan dan akan dijual pada harga USD3,000.

Namun, ia hanya akan menumpukan terhadap komunikasi, tontonan kandungan, permainan dan tidak bertujuan untuk berfungsi lebih daripada itu.

Mixed reality (MR) adalah gabungan augmented reality (AR) yang lebih maju dan virtual reality (VR). Buat masa ini, peranti MR yang tersedia di pasaran ialah Microsoft Hololens dan Lenovo Explorer.

Mudahnya, MR adalah seperti J.AR.V.I.S dalam Iron Man di mana Tony Stark boleh melihat realiti terimbuh dan pada masa sama menavigasi paparan (bukan skrin) tersebut dalam dunia realiti.

Secara peribadi, saya mengambil ini sebagai berita baik kerana walaupun saya tidak menolak kemungkinan dunia simulasi seperti Metaverse dalam masa 100 tahun akan datang menjadi realiti, namun saya tidak gemar akan konsep itu.

Walaupun Apple mampu bergerak ke arah pembangunan realiti seperti yang dilakukan Meta, namun membiarkan manusia berpijak di bumi yang nyata layak mendapat penghormatan atas sikap kemanusiaan itu.

Apa-apa pun, kita harus bersedia dengan perubahan keputusan Apple pada masa akan datang kerana teknologi terlalu pantas berevolusi dan Apple perlu terus kekal relevan selain menjana laba.

Sumber: Gizmodo

Baca juga:

  • Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator
  • Facebook Dinobatkan Sebagai Syarikat Terburuk Tahun Ini Mengalahkan Alibaba
  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress