Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta

Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%

Diterbitkan September 22, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Meta Platforms merancang untuk memotong perbelanjaan sebanyak 10% dalam bulan-bulan mendatang selain membuang pekerja.

Pada Julai lepas, Meta dalam laporan mereka meramalkan untuk memotong perbelanjaan sebanyak 2%-4% saja.

Ini dipercayai berpunca daripada pertumbuhan media sosial di bawah syarikat itu yang sedang terjejas, kemelesatan ekonomi dan persaingan sengit dalam jualan iklan digital.

meta avatars store

Individu daripada dalam syarikat berkata syarikat itu sedang membuang pekerja secara halus dengan menyusun semula (termasuk menutup) jabatan-jabatan.

Meta juga memberi tempoh pada staf terjejas untuk mencari jawatan dalam jabatan lain.

Tindakan ini dikatakan hanyalah permulaan untuk keseluruhan langkah penjimatan kos syarikat.

Berkaitan

  • PDRM Keluarkan Kenyataan Lanjutan Dakwaan Syarikat Meta
  • Hati-Hati, Meta Jumpa Jalan Untuk Kumpul Data Pengguna Tanpa Lalui 'Ask App Not To Track'
  • Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland Saman Meta Lebih RM1.8 Bilion
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • PDRM Masih Teliti Dakwaan Meta Yang Mengaitkan Polis Dengan 'Troll Farm'
  • Didakwa Langgar Privasi, Google Dan Meta Didenda Lebih RM324 Juta Di Korea Selatan

Pembuangan pekerja kali ini nampaknya agak kritikal dan lebih agresif berbanding sebelum ini yang mana pekerja yang mempunyai rekod dan reputasi yang bagus juga turut “ditolak keluar” syarikat.

Jurucakap Meta Tracy Clayton berkata mereka perlu meletakkan keutamaan peruntukan dalam bahagian korporat waktu ini disebabkan tekanan.
Tracy bagaimanapun tidak menjawab tentang bilangan pekerja yang terjejas.

Sumber: Wall Street Journal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY