Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation plus

Ramai Sanggup Bayar Lebih, Sony Bagi ‘Hint’ Naikkan Harga PS Plus

Diterbitkan Jun 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony kini melihat semakin ramai pelanggan PlayStation Plus beralih ke tier langganan yang lebih tinggi – Extra dan Premium  walaupun berlaku kenaikan harga sejak tahun lalu.

Menurut CEO Sony Interactive Entertainment, Hideaki Nishino, jumlah pengguna di tier Premium meningkat dari 17% (FY2022) ke 22% (FY2024), manakala Extra naik dari 13% ke 16%. Kini, hampir 40% pelanggan berada di tier lebih tinggi.

Sony menyatakan dua sebab utama trend ini:

  1. Nilai kandungan – Lebih banyak game berkualiti, kandungan eksklusif, dan ciri baharu seperti kesesuaian ikut minat dan penemuan game.
  2. Keyakinan pelanggan – Ramai pengguna masih anggap servis ini berbaloi, walaupun harga meningkat.

Sony juga menegaskan bahawa mereka akan terus melaras harga PS Plus secara dinamik, bergantung pada nilai yang ditawarkan dan faktor ekonomi global seperti tukaran mata wang.

Contoh terkini, harga tahunan PS Plus Premium di Kanada naik dari CAD189 ke CAD 224, manakala di AS dan UK, harga sebelum ini naik ke US$159 dan £119.

Di Malaysia, tidak terkecuali, yang mana PS+ Extra 12 bulan RM490 (berbanding sebelum ini RM400), Deluxe pula RM575 setahun.

Biarpun harga naik, permintaan untuk tier lebih tinggi masih kukuh. Jadi, Sony akan terus tambah nilai dan sesuaikan harga ikut pasaran. Malah, sebelum ini juga pendapatan Sony tetap meningkat meskipun harga PS Plus makin mahal.

Berkaitan

  • Pendapatan Sony Tetap Meningkat Walaupun Harga PS Plus Naik
  • Telefon 'Flagship' Xperia Dilapor Tak Lagi Dihasilkan Sony Sendiri
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Sony Bakal Lancar 'Stick' Lawan Wayarles Pertama Untuk PS5 Dan PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY