Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation plus

Pendapatan Sony Tetap Meningkat Walaupun Harga PS Plus Naik

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Dalam laporan pendapatan terbaru untuk November 2024, kenaikan harga PlayStation Plus (PS Plus) pada 2023 nampaknya berbaloi. Meskipun mendapat kritikan, perubahan harga ini berjaya meningkatkan hasil keseluruhan PS Plus sebanyak 18% tahun-ke-tahun bagi Suku Kedua Tahun Fiskal 2024, iaitu bagi tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2024.

Menurut Sony, kenaikan hasil ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan dalam Pendapatan Purata Per Pengguna (ARPU), yang berpunca dari kenaikan harga dan peralihan pengguna kepada PS Plus Extra dan Premium yang lebih tinggi. Ia diperkenalkan pada 2022 dan kini memberi pilihan lebih banyak kepada pelanggan PS5 dan PS4, termasuk permainan eksklusif dan ciri-ciri tambahan, namun dengan harga yang lebih tinggi.

Screenshot 2024-11-14 at 5.33.44 PM
Screenshot 2024-11-14 at 5.33.24 PM

Kenaikan harga pada 2023 yang melibatkan semua pelanggan PS Plus menaikkan harga langganan tahunan hingga 35%, menyebabkan pengurangan ketara dalam potongan yang diterima oleh pelanggan yang melanggan secara tahunan. Terutama bagi pengguna PS Plus Premium, kenaikan sehingga USD40 (~RM179) setahun dianggap terlalu tinggi, lebih-lebih lagi kerana sesetengah pelanggan merasakan bahawa manfaatnya masih belum cukup untuk menjustifikasi harga tersebut.

Pendapatan Sony Tetap Meningkat Walaupun Harga PS Plus Naik
harga PS+ Malaysia

Walaupun Sony sudah tidak melaporkan jumlah langganan PS Plus sejak November 2023, jadi tiada data yang jelas jika pelanggan sudah berkurangan selepas kenaikan harga tersebut. Namun, data pendapatan menunjukkan bahawa walaupun terdapat kemungkinan penurunan jumlah pelanggan, pendapatan yang dihasilkan oleh pelanggan yang kekal dan memilih peringkat lebih tinggi mampu mengimbangi sebarang penurunan.

Dengan strategi ini, Sony menunjukkan bahawa mereka berjaya mengekalkan kestabilan pendapatan PS Plus walaupun dengan harga yang lebih tinggi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Senarai Telefon Pintar Terbaik Infinix Pada Tahun 2024
  • Nvidia Dilapor Hentikan Pengeluaran GPU RTX 40, Akan Lancar RTX 50 Lebih Awal
  • Redmagic 10 Pro Dan 10 Pro Plus Rasmi Dengan Bateri Sebesar 7,050mAh
  • Pulau Pinang Akan Laksana Projek Percubaan Lorong Bas Bermula 19 November

Sumber: truetrophies

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY