Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xperia 1 VII

Telefon ‘Flagship’ Xperia Dilapor Tak Lagi Dihasilkan Sony Sendiri

Diterbitkan Mei 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony dilaporkan telah membuat keputusan penting dalam strategi pengeluaran telefon pintarnya. Bermula dengan model andalan terbaru, Xperia 1 VII, pengeluaran peranti Xperia kini tidak lagi dilakukan di kilang milik Sony. Sebaliknya, semua model akan dihasilkan oleh pengeluar luar (OEM).

Sebelum ini, walaupun sebahagian besar pengeluaran telefon pintar dilakukan oleh OEM, Sony masih mengekalkan penghasilan model premium seperti siri Xperia 1 di bawah pengawasan langsung di kilang mereka, termasuk di Thailand dan China.

Namun, menurut laman rasmi Sony, kategori telefon pintar telah dikeluarkan daripada senarai produk yang mereka hasilkan sendiri, mengesahkan perubahan strategi ini.

Langkah ini dipercayai bertujuan untuk mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan dalam industri yang sangat kompetitif.

Sony mungkin cuba meniru pendekatan syarikat lain seperti Apple, yang turut menggunakan OEM untuk menghasilkan peranti mereka.

Walaupun begitu, perubahan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat Xperia. Antara kebimbangan utama adalah dari segi kualiti dan identiti jenama.

Xperia dikenali dengan rekaan dan pengalaman tersendiri, jadi perubahan kepada pengeluar luar mungkin memberi kesan terhadap konsistensi produk.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai OEM mana yang akan mengambil alih proses pengeluaran tersebut. Namun, pengguna hanya boleh berharap Sony mengekalkan standard tinggi yang selama ini menjadi kekuatan peranti Xperia.

Secara keseluruhan, ini adalah langkah berani daripada Sony. Sama ada ia berhasil atau tidak, kita hanya akan dapat lihat selepas Xperia 1 VII mula berada di tangan pengguna dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Sony Xperia 1 VI Diiktiraf Telefon Pintar Terbaik Untuk Pencipta Kandungan
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Sony Xperia 1 VII Dah Tiba – Kamera Besar, Audio WALKMAN & Kemas Kini 6 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY