RAM 16GB Dan Pengecasan 120W Mungkin Pertaruhan Xiaomi Selepas Ini

Peranti dilengkapi dengan kapasiti memori RAM 8GB sehingga 12GB bukanlah sesuatu yang asing kita dengar ketika ini. Bahkan Nubia sebelum ini sedia memperkenalkan peranti dengan RAM 16GB, dan ia mungkin disusuli oleh Xiaomi berdasarkan khabar angin terbaharu.

Menerusi desas-desus dari China, Xiaomi akan memuatkan memori RAM 16GB pada peranti mereka. Dikatakan sudah berada dalam fasa pembangunan, peranti terbabit bakal diperkenalkan dalam siri Mi Mix disamping membawa rekaan mirip seperti Mi Mix Alpha serta cip Snapdragon 865.

xiaomi rumours

Namun begitu, Naib Pengurus Besar Pemasaran Xiaomi, Xiao Zang menafikan Mi Mix Alpha akan dikuasakan dengan Snapdragon 865. Ini bermaksud peranti akan datang itu berkemungkinan bukan dari siri Mi Mix.

Satu lagi perkhabaran yang muncul, sebuah video memperlihatkan pengecas 120W yang didakwa dari Xiaomi. Rekaannya lebih besar daripada pengecas telefon pintar sedia, ia menyokong pengecasan 20V/6A, 20V/5A, dan 11V/6A.



Hanya sekadar menunjukkan rekaan serta daya pengecasan tiada informasi lain mengenainya yang dikongsikan. Walaupun begitu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kita kerana Xiaomi sudah melakukan demonstrasi Super Charge Turbo 100W setahun yang lalu. Pengecasan pantas 100W ini kuat dikatakan hadir pada peranti tahun ini.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah ura-ura yang muncul dari tanah besar dan pengeluar masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai kedua-dua spesifikasi ini.

Sebelum Xiaomi, vivo terlebih dahulu mempertontonkan pengecasan pantas Super FlashCharge 120W. Ia berupaya mengisi bateri berkapasiti 4000mAh dalam tempoh 13 minit sahaja.

Sumber: GizmoChina 1, 2 via TechNave

Beli barangan Xiaomi di:

Lazada: https://invol.co/clotis

Shopee: https://invol.co/clotit