Nubia Red Magic 5G Diumumkan - Peranti Gaming Pertama Dengan Paparan 144Hz, Ada Kipas Angin Terbina

Nubia Red Magic 5G merupakan penambahan baharu untuk portfolio peranti gaming untuk tahun 2020 dan spesifikasinya kelihatan menarik serta lain dari yang lain. Ini merupakan peranti pertama untuk jenama Nubia yang memuatkan rangkaian 5G dan juga buat pertama kalinya dalam sejarah telefon pintar, paparannya menggunakan panel 144Hz.



Red Magic 5G dimuatkan dengan paparan bersaiz 6.65 inci Full HD+ AMOLED, namun masih mengekalkan sedikit bezel pada bahagian atas dan bawah. Selain dari kadar segar semula 144Hz, ia juga mempunyai input segar 240Hz untuk interaksi dengan permainan yang lebih lancar.

Nubia Red Magic 5G is here with 144Hz display, Snapdragon 865 and active-air cooling

Rekaan peranti agak unik dan kelihatan sangat berbeza berbanding dengan peranti pesaing di pasaran. Di belakang peranti terdapat rekaan X yang besar dan juga logo Red Magic dengan RGB untuk menyerlahkan sisi gaming peranti tersebut.Nubia Red Magic 5G is here with 144Hz display, Snapdragon 865 and active-air cooling

Pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kapasitif yang boleh digunakan sebagai input tambahan ketika bermain permainan. Sama seperti model Red Magic lain yang pernah dilancarkan, ia turut mempunyai kipas terbina untuk penyejukan peranti yang lebih berkesan. Menurut Nubia, dengan menggunakan kipas, peranti boleh mengurangkan suhu sehingga 18C. Tambahan lagi, ia juga boleh digunakan ketika peranti mengecas pada kelajuan 55W untuk mengelakkan peranti dari kepanasan.

Nubia Red Magic 5G is here with 144Hz display, Snapdragon 865 and active-air cooling

Sebagai sebuah peranti gaming flagship, ia dimuatkan dengan cip janaan Snapdragon 865. Dari segi memori pula, terdapat pilihan RAM bermula 8GB sehingga 16GB dan storan dalaman 128GB sehingga 256GB berasaskan UFS 3.0.

Kamera belakang pula dilengkapi oleh 3 lensa dengan 64MP Sony IMX686 utama + 8MP sudut lebar + 2MP makro. Manakala untuk kamera swafoto, ia dimuatkan pada bezel bahagian atas peranti dengan sensor 8MP.

Image result for nubia red magic 5g

Untuk mengecas bateri peranti yang berkapasiti 4,500mAh, terdapat pengecasan pantas 55W dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 4.0 dan juga Power Delivery 3.0. Antara fungsi tambahan lain termasuklah bicu audio 3.5mm, sokongan Wi-Fi 6, 3 mikrofon, dan GPS dwi-frekuensi. Bahagian perisian pula digalas oleh Red Magic OS yang berasaskan Android 10.

Menariknya, terdapat juga Transparent Edition, iaitu edisi lutsinar Red Magic 5G. Masih belum pasti sama ada ia betul-betul lutsinar ataupun hanya pelekat yang ditampal pada panel kaca peranti.

Untuk harga, Red Magic 5G dijual di China bermula CNY 3799 untuk versi asas 8GB/128GB. Versi tertinggi 16GB/256GB pula berharga CNY 4999.

Model Transparent Edition pula terdapat dalam hanya 2 pilihan memori iaitu 12GB/256GB dan 16GB/256GB. Harga jualannya adalah bermula dari CNY 4599. Dikatakan ia akan mula memasuki pasaran global pada bulan April hadapan.