Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows

Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows

Diterbitkan September 25, 2025 · Dikemas kini September 25, 2025 oleh ariff bukhari

Qualcomm melancarkan dua pemproses baharu — Snapdragon X2 Elite Extreme dan Snapdragon X2 Elite yang direka khas untuk komputer riba Windows 11 berprestasi tinggi.

Cip X2 Elite Extreme menyasarkan pengguna profesional seperti penyunting media, saintis dan penganalisis data, manakala X2 Elite sesuai untuk pengguna premium yang mahukan prestasi mantap dan cekap tenaga.

Kedua-dua cip ini dilengkapi CPU Qualcomm Oryon Gen-3 dan NPU Hexagon dengan kuasa pemprosesan AI sehingga 80 TOPS yang merupakan cip AI terpantas bagi komputer riba.

Qualcomm Lancar Siri Snapdragon X2 Elite, Cip AI Terpantas Untuk PC Windows

GPU Adreno baharu pula menawarkan peningkatan kecekapan tenaga sebanyak 2.3 kali ganda berbanding generasi sebelumnya.

Menurut Qualcomm, Snapdragon X2 Elite Extreme mampu memberikan prestasi CPU sehingga 75% lebih laju berbanding pesaingnya pada kuasa yang sama.

Manakala X2 Elite menjanjikan multi tugas lancar dengan penggunaan tenaga 43% lebih rendah.

Barisan komputer riba baharu dikuasakan cip ini dijangka tersedia akan tersedia pada separuh pertama tahun 2026 akan datang.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • HONOR X9d 5G Dilancar, Kini Dengan Bateri 8300 mAh
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 Rasmi - Kelajuan CPU Sehingga 4.6GHz, Sokong APV Codec Dan Unreal Engine 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY