Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon Connect

Qualcomm Umum Snapdragon Satellite Untuk Android, Tidak Hanya Terhad Untuk Kecemasan

Diterbitkan Januari 6, 2023 ยท Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh Amalina Athman

Pada CES 2023, Qualcomm telah mengumumkan Snapdragon Satellite, iaitu sambungan berasaskan satelit untuk telefon pintar andalan, yang membolehkan pengeluar telefon pintar seperti Samsung dan Google bersaing dengan ciri Emergency SOS via Satellite yang dilancarkan Apple pada siri iPhone 14.

Berkaitan

  • Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
  • Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14
  • Bukan TSMC, Qualcomm Didakwa Pilih Samsung Untuk Hasilkan Snapdragon 8 Gen 3
  • Siri Samsung Galaxy S23 Mungkin Hadir Fungsi Komunikasi Melalui Satelit
  • Qualcomm Masih Dalam 'Dilema', Apple Mungkin Satu-Satunya Akan Guna Cip 3nm Tahun Ini

Menurut Qualcomm, Snapdragon Satellite merupakan penyelesaian pemesejan berasaskan satelit dua hala yang disediakan melalui syarikat satelit Iredium. Qualcomm berkata, sokongan pemesejan menggunakan sambungan satelit ini akan dibina ke dalam cip Snapdragon 8 Gen 2, dengan telefon pintar yang menggunakan teknologi ini dijangka akan ditawarkan bermula separuh kedua 2023.

Dalam pada itu, Qualcomm menyatakan penghantaran SMS serta ketersambungan di lokasi terpencil, luar bandar dan luar pesisir, yang mungkin menunjukkan bahawa ciri ini kelak tidak hanya terhad untuk digunakan bagi tujuan kecemasan sahaja.

Sebagai tambahan, selain telefon pintar, Snapdragon Satellite juga boleh diperluaskan untuk peranti lain, seperti komputer riba, tablet, kenderaan dan Internet of Things (IoT).

Selain Iridium, Garmin juga akan turut bekerjasama dengan Qualcomm untuk menyediakan sokongan mesej kecemasan melalui Garmin Response. Buat masa ini, belum diketahui jika atau bagaimana Iridium, Qualcomm dan pembuat telefon pintar Android merancang untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk akses satelit tersebut.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY