Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Masih Dalam ‘Dilema’, Apple Mungkin Satu-Satunya Akan Guna Cip 3nm Tahun Ini

Qualcomm Masih Dalam ‘Dilema’, Apple Mungkin Satu-Satunya Akan Guna Cip 3nm Tahun Ini

Diterbitkan Januari 4, 2023 · Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Amalina Athman

Apple mungkin akan menjadi satu-satunya pembuat peranti utama yang mengguna pakai teknologi proses 3nm pada tahun 2023. Menurut DigiTimes, Qualcomm dan Mediatek masih dalam “dilema” dan belum jelas sama ada penggunaan cip pemproses yang lebih baharu itu berbaloi.

Berkaitan

  • iPhone 15 Versi Pro Dijangka Hadir Dengan Cip 3nm
  • TSMC Dilapor Mula Kilangkan Cip 3nm Minggu Ini
  • Majoriti Cip 3nm Mungkin Dihasilkan TSMC, Harga Telefon Snapdragon 8 Gen 3 Dijangka Lebih Mahal

Memetik sumber, kedua-dua pembuat cip terbesar itu perlu memikirkan lebih lanjut sama ada mahu mengikut jejak langkah Apple untuk menggunakan teknologi proses 3nm, memandangkan kos pengeluaran yang tinggi dan prospek jualan yang tidak jelas untuk peranti Android.

Sumber itu menegaskan bahawa prospek pasaran yang tidak menentu untuk peranti Android dan kos pembuatan 3nm yang sudah melebihi AS$20,000 (~RM88,000) setiap wafer berkemungkinan menghalang kedua-dua syarikat itu untuk melancarkan cip berasaskan pemproses 3nm pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun, seperti sedia maklum, Qualcomm secara khusus menyediakan cip untuk kebanyakan peranti andalan Android, termasuk Samsung. Berikutan itu, Qualcomm mungkin tidak mempunyai pilihan selain menggunakan teknologi proses 3nm jika Samsung mahu “memenuhi persaingan daripada Apple dalam pasaran telefon pintar utama.”

Sementara itu, Apple dijangka mengguna pakai teknologi proses cip 3nm TSMC pada cip M2 Pro dan ‌M2‌ Max, yang akan menguasakan MacBook Pro 14-inci dan 16-inci baharu kelak. Cip A17 Bionic untuk iPhone 15 Pro dan “‌iPhone 15‌ Ultra” juga dijangka berasaskan teknologi proses 3nm. Ketika ini, pengeluaran cip 3nm TSMC telah pun bermula.

Gambar utama: DigiTimes

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY