Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iphone 14

Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14

Diterbitkan November 16, 2022 · Dikemas kini November 16, 2022 oleh ariff bukhari

Apple hari ini mengumumkan bahwa ciri panggilan kecemasan SOS menerusi satelit kini mula ditawarkan untuk barisan iPhone 14 iaitu iPhone 14, 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Walaubagaimanapun, ciri itu hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu.

Apple menyatakan, teknologi yang membolehkan pengguna menghantar mesej dengan perkhidmatan kecemasan semasa berada di luar liputan selular dan Wi-Fi itu akan diperluaskan ke beberapa negara lain dalam bulan Disember nanti termasuklah Perancis, Jerman, Ireland dan UK.

Berkaitan

  • Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
  • Apple Lancar Kemas Kini Baharu AirTag, Mudah Kesan AirTag Yang Tak Diketahui
  • Disebut-Sebut Sebagai Pesaing iPad, Tablet Pertama OnePlus Bakal Rasmi Tahun Depan

Apple berkata, dengan barisan iPhone 14 — jika pengguna tidak dapat mencapai perkhidmatan kecemasan kerana tiada liputan selular atau Wi-Fi tersedia, antaramuka yang mudah digunakan akan muncul pada iPhone yang membantu pengguna mendapatkan bantuan sambungan satelit.

Apple Labur Lebih RM2.1 Bilion Untuk Ciri Satelit SOS iPhone 14 Dan iPhone 14 Pro
Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14
Ciri Bernilai RM2.1 Bilion Mula Ditawarkan Untuk Barisan iPhone 14

Apple sebelum ini memaklumkan bahawa mereka telah melabur sejumlah USD450 juta atau lebih daripada RM2.1 bilion untuk ciri terbaru ini yang dimuatkan dalam barisan iPhone 14.

Apabila pengguna iPhone membuat SOS Kecemasan melalui permintaan satelit, mesej itu diterima oleh salah satu daripada 24 satelit Globalstar di orbit bumi rendah yang bergerak pada kelajuan kira-kira 16,000 mph.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY