Snapdragon 8 Gen 3 Diumumkan - 4nm, Cortex-X4, AI Generatif

Qualcomm hari ini mengumumkan cip premium terkini, Snapdragon 8 Gen 3. Cip ini dibina dengan teknologi nod 4nm, serta memfokuskan kepada keupayaan AI, kamera, permainan video dan audio.

{suggest}

CPU dan GPU


Pemproses lapan teras di dalamnya dimuatkan dengan 1 teras utama Arm Cortex-X4 yang mempunyai kelajuan sehingga 3.3 GHz, 5 teras Performance (3.2GHz) dan 2 teras Efficiency (2.3GHz). Secara keseluruhan, CPU Kryo dikatakan 30% lebih pantas dan 20% lebih cekap berbanding Gen 2.



Dari segi grafik, GPU Adreno menawarkan 25% lebih pantas, 25% lebih cekap tenaga, serta membawakan keupayaan Ray Tracing dengan 40% lebih baik.

Kedua-dua komponen, bersama NPU Hexagon (Neural Processing Unit) yang 98% lebih pantas dan 40% lebih cekap berbanding generasi lepas, membentuk Qualcomm AI Engine, dan memberikan keupayaan penggunaan AI generatif pada peranti.

Snapdragon 8 Gen 3 turut menyokong memori 24GB, LPDDR5x dengan kelajuan sehingga 4.8GHz. Storan pula menggunakan format UFS 4.0.

AI Generatif


Qualcomm AI Engine pada cip ini hadir dengan sokongan model AI generatif multi-modal LLM (large language model) seperti Llama 2, dan boleh menjalankan sehingga 20 token/saat. Terdapat juga sokongan language vision model (LVM), dan automatic speech recognition (ASR).



Selain itu, cip ini menyokong AI Stable Diffusion pada peranti, yang dikatakan boleh menjana imej dalam kurang satu saat.

Sensing Hub juga membekalkan AI Engine dengan data peribadi, termasuk lokasi aktiviti kegemaran dan tahap kecergasan untuk respons yang boleh disesuaikan mengikut pengguna.

Keupayaan Kamera




AI Generatif juga memainkan peranan utama dalam keupayaan pemprosesan imej Snapdragon 8 Gen 3. Antaranya termasuk sokongan Video Object Eraser untuk mengalih keluar orang atau objek tidak diingini, serta Night Vision yang boleh mencerahkan pemandangan gelap.

Terdapat juga ciri Vlogger's View yang akan melapiskan video daripada kamera swafoto dan belakang bersama-sama menjadi satu paparan.

Permainan Video




Melalui Elite Gaming, Snapdragon 8 Gen 3 boleh menyampaikan permainan video dengan sokongan 240fps pada paparan 240Hz. Adreno Frame Motion Engine 2.0 boleh menjana kualiti yang lebih tinggi, menggandakan frame rate sambil mengekalkan penggunaan tenaga yang sama. Ia juga mempunyai sokongan Unreal Engine 5.2.

Sambungan


Dari segi sambungan, Snapdragon 8 Gen 3 dilengkapi modem Qualcomm X75 5G dengan kelajuan maksimum muat turun 10Gbps dan 3.5Gbps muat naik. Modem X75 juga mempunyai sokongan dwi-SIM 5G, Sub-6 Ghz.

Antara lainnya, cip ini menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, teknologi pengecasan Quick Charge 5 dan sebagainya.



Xiaomi 14 dilihat bakal menjadi paling terawal yang bakal menggunakan cip terbaru daripada Qualcomm tersebut.

Antara pengeluar telefon lain yang akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3 termasuk ASUS, Honor, iQOO, MEIZU, NIO, Nubia, OnePlus, OPPO, realme, Redmi, RedMagic, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE.

Qualcomm menyatakan peranti Android dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen 3 dijangka akan tersedia dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber: Qualcomm