Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon G Series Gaming Platforms

Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih

Diterbitkan Ogos 24, 2023 · Dikemas kini Ogos 24, 2023 oleh ariff bukhari

Qualcomm Technologies, Inc. hari ini mengumumkan cip pemprosesan yang memfokuskan peranti konsol permainan mudah alih, Snapdragon G Series serba baharu,

Qualcomm menyatakan, Snapdragon G Series terbaru ini dibina untuk memenuhi permintaan prestasi dan ciri unik khusus untuk peranti konsol permainan mudah alih.

Snapdragon G Series terbaru ditawarkan dalam 3 siri cip pemprosesan iaitu Snapdragon G1, Snapdragon G2 dan Snapdragon G3.

Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih

Snapdragon G1

  • direka untuk menguasakan konsol permainan mudah alih tanpa kipas bagi strim permainan.
  • tertumpu pada bebas sambungan lesu dan hayat bateri, jadi pemain boleh strim konsol dan permainan PC pada kualiti terbaik untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Siri pertama bagi Snapdragon G1 ini ialah Platform Snapdragon G1 Gen 1, yang mempunyai CPU Qualcomm Kryo (8 Teras) dipasangkan dengan GPU Qualcomm Adreno A11 untuk mendayakan penstriman pada konsol permainan mudah alih berkualiti tinggi.

Snapdragon G2

  • dibina untuk memanfaatkan sepenuhnya ciri permainan awan dan mudah alih dengan pemproses yang dioptimumkan.
  • Capaian dari cip 5G dan Wi-Fi 6/6E yang berprestasi daripada Qualcomm FastConnect 6700 Mobile Connectivity System.
  • Produk pertama dalam peringkat ini ialah Platform Snapdragon G2 Gen 1, yang memainkan judul permainan mudah alih dan awan premium hampir di mana-mana sahaja, tanpa kompromi.
  • Menampilkan CPU Kryo (8 Teras) terkini, GPU Adreno A21 yang dioptimumkan untuk permainan dan Snapdragon X62 5G Modem-RF System di mana platform ini membolehkan pemain meneroka semua yang ditawarkan oleh permainan mudah alih dan awan.

Snapdragon G3

  • cip andalan (flagship) bagi siri Snapdragon G.
  • dibina khas untuk ciri dan prestasi
  • peranti permainan yang dikuasakan oleh Snapdragon G3 membolehkan pengalaman permainan terbaik dalam kelasnya.
  • Platform Snapdragon G3x Gen 2 ialah produk terbaharu dalam Siri G3.
  • Platform Snapdragon G3x Gen 2 mempunyai CPU Kryo (8 Teras) dan GPU Adreno A32 yang menawarkan prestasi CPU lebih 30% lebih pantas dan prestasi GPU 2x lebih pantas berbanding siri sebelumnya (Snapdragon G3x Gen 1).
  • Platform terkini ini membawakan peningkatan prestasi berbilang generasi yang dipasangkan dengan ciri permainan utama termasuklah ray tracing yang dipertingkatkan dengan perkakasan, permainan beresolusi tinggi, XR glass, audio Bluetooth premium kependaman rendah dengan Snapdragon Sound Technology Suite dan sambungan pantas tanpa wayar paling responsif melalui Wi-Fi 7 High-Band Simultaneous (HBS) serta 5G sub-6 dan mmWave.

Qualcomm Perkenal 3 Cip Snapdragon Terbaru Fokus Konsol Mudah Alih

Qualcomm memaklumkan, untuk mempercepatkan lebih banyak peranti permainan berdedikasi ke pasaran dan mempercepatkan perancangan reka bentuk peranti pelanggan mereka, Reka Bentuk Rujukan konsol mudah alih Snapdragon G3x Gen 2 kini tersedia dan dijadikan sampel kepada pengeluar peralatan asli (OEM) dan pengeluar reka bentuk asal (ODM) terpilih.

Antaranya adalah AyaNeo, Huaqin, Inventec, Thundercomm dan syarikat-syarikat lain yang sedang bekerjasama dengan Qualcomm untuk konsol permainan mudah alih yang dikuasakan oleh Platform Siri Snapdragon G .

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ROG Ally - Jentera 'Gaming' Mudah Alih Power Tapi Belum Sempurna
  • Mahu Cabar ROG Ally, Lenovo Dilapor Sedang Bangunkan 'Legion Go'
  • Valve Mula Jual Steam Deck 'Refurbished', Kualiti Sama Pada Harga Murah
  • Ini Mungkin Konsol Lenovo Legion Go, Persis Nintendo Switch
  • Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY