Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Legion Go

Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally

Diterbitkan Ogos 22, 2023 · Dikemas kini Ogos 22, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, saya ada kongsikan rekaan konsol Lenovo Legion Go yang didakwa. Dan kini daripada sumber yang sama, Windors Report melaporkan konsol tersebut menggunakan cip yang sama dengan ROG Ally, AMD Z1.

Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally
Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally
Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally

Mengikut sumber, Lenovo Legion Go berkemungkinan besar guna cip siri AMD Z1. Hal ini demikian kerana siri CPU tersebut direka khas oleh AMD untuk platform peranti konsol mudah alih.

Lenovo Legion Go Dilapor Guna Cip Yang Sama Dengan ROG Ally

Tambahan lagi, itu adalah satu-satunya pilihan yang berkuasa dan pada masa yang sama, yang paling efisien bagi sesebuah peranti konsol mudah alih.

Namun, saya juga mendengar khabar angin bahawa konsol ini menggunakan sistem operasi Windows 11. Bagi pendapat saya, peranti konsol memerlukan sistem operasi yang kendiri seperti Steam Deck dan Nintendo Switch.

Berkaitan

  • Ini Mungkin Konsol Lenovo Legion Go, Persis Nintendo Switch
  • Rezeki Ceburi AI, Pendapatan NVIDIA Melonjak 1000%
  • Tebus Hadiah Eksklusif ROG x Genshin Impact Di AniManGaki 2023
  • Pembangun Angry Birds Kini Sah Jadi Milik SEGA
  • Metal Slug: Awakening Sudah Boleh Dimainkan

Hal ini demikian kerana Windows 11 sangat tidak optimum dan leceh untuk digunakan dalam sesebuah peranti konsol mudah alih. Anda boleh menyemak ulasan kami di Wiser akan konsol mudah alih ROG Ally untuk mengetahui perkara lanjut.

Harga & Ketersediaan

Lenovo Legion Go dilapor akan dilancarkan seawal suku terakhir tahun ini ketika musim cuti dan mungkin mempunyai julat harga di antara USD900 (~RM2790.30) dan USD600 (~RM4185.45).

Beli Peranti Lenovo Di Shopee: https://invl.io/cljfjcc

Beli Peranti Lenovo Di Lazada: https://invol.co/cljfjck

Sumber: Windows Report

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY