Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-08-11 145827

Valve Mula Jual Steam Deck ‘Refurbished’, Kualiti Sama Pada Harga Murah

Diterbitkan Ogos 11, 2023 oleh Firdaus

Pembangun Steam Deck, Valve sudah mula menjual konsol mudah alih versi refurbished yang diiktiraf oleh mereka sendiri. Anda jangan risau kerana Steam Deck ini mempunyai kualiti yang sama dengan yang baru namun dijual pada harga lebih murah.

Hal ini demikian kerana konsol versi refurbished itu telah melalui pelbagai ujian kawalan kualiti dan ketahanan yang sama dengan Steam Deck baharu.

Valve Mula Jual Steam Deck ‘Refurbished’, Kualiti Sama Pada Harga Murah

Tidak lupa juga ia menjalani lebih 100 pemeriksaan yang menyeluruh, kemas kini perisian dan telah diformat semula. Tambahan lagi, versi refurbished ini juga hadir dengan waranti 1 tahun yang sama juga dengan yang baru.

Valve juga menjamin versi ini menepati malah boleh menjangkaui prestasi standard konsol Steam Deck yang baru.

Valve Mula Jual Steam Deck ‘Refurbished’, Kualiti Sama Pada Harga Murah

Namun, pembaca kena ingat bahawa konsol refurbished ini mempunyai sedikit defect kosmetik setelah digunakan oleh pemilik sebelum ini.

Berkaitan

  • Xiaomi Pad 6 Max Akan Dilancarkan Pada 14 Ogos Ini
  • Apple M3 Mungkin Guna Teknologi 3nm, Hadir 2024
  • Anda Kini Boleh Guna ShopBack Di Kedai Fizikal, Jimat Berganda
  • Apple Dilapor Kaut Semua Cip 3nm TSMC Pada Tahun Pertama Penghasilannya
  • Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia Berada Di Tahap Bahagia - DOSM

Berikut adalah harga konsol Steam Deck versi refurbished mengikut kapasiti storan:

  • 64GB – USD319 (~RM1459.00)
  • 256GB – USD419 (~RM1916.00)
  • 512GB – USD519 (~RM2374.00)

Setakat ini, unit refurbished ini hanya tersedia dalam jumlah yang terhad di laman web Valve dan stor GameStop untuk pelanggan GameStop Pro sahaja.

Walaupun begitu, pembaca kena peka bahawa Steam Deck adalah tidak rasmi untuk pasaran Malaysia dan ia hanya boleh dibeli daripada pihak ketiga sahaja.

Valve Mula Jual Steam Deck ‘Refurbished’, Kualiti Sama Pada Harga Murah

Dan anda juga boleh membaca ulasan penuh pesaing Steam Deck, Asus ROG Ally melalui pautan ini.

Sumber: Valve 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY