Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Dragonwing Q-6690, Pemproses Enterprise Pertama Dunia Dengan RFID Terbina

Qualcomm Dragonwing Q-6690, Pemproses Enterprise Pertama Dunia Dengan RFID Terbina

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh Amsyar Latif

Qualcomm Technologies, Inc. telah melancarkan Qualcomm Dragonwing Q-6690, pemproses mudah alih enterprise pertama di dunia dengan RFID UHF terbina sepenuhnya.

Dengan menggabungkan RFID, AI dan sambungan generasi baharu, cip ini direka untuk memperkasakan pelbagai peranti enterprise seperti pengimbas inventori, sistem POS, kios pintar dan peranti mudah alih lasak.

Kebiasaannya peranti memerlukan modul RFID luaran, tetapi integrasi terus dalam Q-6690 membolehkan reka bentuk lebih kecil, cekap dan kos efektif. Ia menyokong aplikasi seperti kawalan akses, penjejakan aset, pengurusan inventori dan pengesahan produk.

Dari segi sambungan, Q-6690 hadir dengan 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 dan ultra-wideband, memberikan pengalaman “proximity-aware” dan sambungan global yang stabil.

Ia turut menawarkan software-configurable feature packs, membolehkan pengeluar memilih ciri tertentu dan menambah baik fungsi melalui kemas kini over-the-air (OTA) tanpa menukar perkakasan.

OEM utama termasuk Zebra, Honeywell, Urovo, HMD Secure dan CipherLab sudah mengumumkan sokongan, dengan peranti komersial dijangka tiba dalam beberapa bulan.

Beberapa pemain industri seperti Decathlon, EssilorLuxottica dan RAIN Alliance menyifatkan integrasi RFID ini sebagai anjakan besar yang akan meningkatkan produktiviti, pengalaman pelanggan serta mempercepat transformasi digital merentasi runcit, logistik dan pembuatan.

Berkaitan

  • Qualcomm Lancar Panel Kawalan GPU Baharu Untuk Snapdragon X Elite
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Qualcomm Umum Snapdragon 7s Gen 4 Dengan Sedikit Peningkatan Prestasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY