Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kurang Bekalan Untuk Ganti Cip Rosak, Pengguna Intel ‘Raptor Lake’ Tukar Ke AMD

Kurang Bekalan Untuk Ganti Cip Rosak, Pengguna Intel ‘Raptor Lake’ Tukar Ke AMD

Diterbitkan September 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Menurut laporan daripada HKEPC, pengguna Intel Core i9 14900K di Hong Kong kini berdepan dengan situasi sukar, di mana pengedar utama, Synnex, telah kehabisan cip gantian bagi CPU tersebut.

Disebabkan isu ketidakstabilan yang menjejaskan cip generasi ke-13 dan ke-14 Intel selama lebih setahun, banyak CPU berprestasi tinggi seperti Core i9 14900K rosak dan tidak boleh dibaiki.

Kurang Bekalan Untuk Ganti Cip Rosak, Pengguna Intel ‘Raptor Lake’ Tukar Ke AMD
kredit gambar: hkepc.com

Walaupun Intel telah mengeluarkan microcode untuk menyelesaikan masalah ini serta menjanjikan proses kebenaran memulangkan barang (RMA), pengedar seperti Synnex tidak lagi mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan cip yang rosak.

Sebagai alternatif, mereka menawarkan bayaran balik sebanyak HK$4,200 (sekitar RM2332), sedikit kurang daripada harga runcit asal CPU tersebut.

Seorang pengguna yang memohon RMA pada awal bulan ini akhirnya terpaksa menerima bayaran balik kerana tiada pilihan lain, dan kini merancang untuk beralih kepada platform AMD Ryzen 9 9950X.

Terdahulu, Intel dilaporkan kekurangan bekalan untuk menawarkan unit ganti bagi CPU yang tidak lagi berfungsi. Malah, Intel pun dikatakan telah memberi respon dan akur terhadap masalah tersebut.

Buat pengetahuan, Intel mendedahkan ada cip pemproses gen-13 dan gen-14 mereka boleh jadi tidak stabil atau rosak secara kekal disebabkan aliran kuasa yang tinggi. Ia melibatkan unit dengan pemproses asas berkuasa 65W dan model lebih tinggi dengan 125W.

Dengan ramai pengguna menghadapi masalah sama, ada yang memilih untuk beralih ke AMD sementara menunggu pelancaran cip Intel Arrow Lake S yang dijadualkan pada 24 Oktober, yang dikatakan bebas daripada isu ketidakstabilan kuasa seperti pemproses ‘Raptor Lake’.

Berkaitan

  • HUAWEI MateBook D 14 2024 Akan Tiba Di Malaysia, Dipacu Intel Core Gen-13
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • HUAWEI MateBook D 14 2024 Kini Tiba Di Malaysia
  • Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China
  • Rakyat Malaysia Ke UK Perlu Mohon ETA Mulai Januari 2025

Sumber :HKEPC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY