Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear

Pusat Simulasi Tindak Balas Nuklear Ditubuhkan, Perkukuh Kecekapan Anggota PTN

Diterbitkan Mei 10, 2024 · Dikemas kini Mei 10, 2024 oleh ariff bukhari

Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear  oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom.

Penubuhan Pusat Simulasi ini adalah selari dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana Atom Malaysia bertindak sebagai agensi peneraju bagi kemalangan radiologi dan nuklear.
Pembangunan Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear ini bertujuan untuk memperkukuh kompetensi dan kecekapan anggota Pasukan Tindak Balas Nuklear (PTN) Jabatan Tenaga Atom.
Pusat ini juga akan diguna pakai sebagai pusat latihan bagi agensi barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia dan lain-lain jabatan berkaitan. Pusat Simulasi ini juga akan menjadi pusat latihan bagi melatih Pegawai Perlindungan Sinaran di sektor swasta dan kerajaan serta pelatih-pelatih dari dalam dan luar negara.
Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear 2
Pusat Simulasi Tindakbalas Nuklear 1
Kerajaan melalui MOSTI dan Atom Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memberikan kelulusan permohonan lesen maksimum tiga (3) tahun kepada semua pemohon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan berkuatkuasa mulai Jun 2024.
Inisiatif ini diharap akan dapat merancakkan perkembangan industri nuklear dan meningkatkan pelaburan dalam negara di samping menyediakan jaminan pekerjaan yang berterusan kepada rakyat serta dapat menjana hasil atau pendapatan negara dengan lebih cepat.
Sehingga kini jumlah pemegang lesen di bawah Akta 304 bagi sektor industri adalah 1,810 syarikat manakala sektor perubatan adalah 5,164.
Jumlah ini dijangka meningkat melalui pelbagai inisiatif menarik yang disediakan oleh Kerajaan.
Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY