Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chery AIMOGA

AIMOGA, Humanoid Pertama Jadi Wakil Jualan Chery Di Malaysia

Diterbitkan April 28, 2025 · Dikemas kini April 28, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda ke pusat jualan Chery di Malaysia, jangan terkejut jika anda disapa oleh robot pintar berupa manusia yang dikenali sebagai AIMOGA.

Menurut Chery, humanoid ini membantu dalam senario jualan automotif yang kini beroperasi di kedai Chery 4S di Malaysia, dengan pengembangan pesat sedang dijalankan di pasaran domestik.

AIMOGA telah pun diperkenalkan pada Persidangan Strategi Pintar Global Chery baru-baru ini yang memperlihatkan keupayaan robot itu termasuk perkhidmatan sokongan kenderaan, penjejakan visual dan rutin tarian flash mob.

Chery menyatakan bahawa AIMOGA adalah ahli utama dalam ekosistem AI Chery.

AIMOGA CHERY
Robot ini boleh berjalan pada kelajuan 1 meter sesaat dan  melakukan operasi rumit yang menyerupai pergerakan manusia dengan tepat.

Matriks sensor lima hala membolehkan ia mengelak halangan pada tahap sentimeter dan merancang laluan dinamik dalam persekitaran yang rumit.

Gabungan wajah bionik silikon dan perpustakaan gerakan menyerupai manusia meningkatkan interaksi, memberikan pengalaman yang lebih semula jadi dan menarik kepada pengguna.

Robot AIMOGA dilengkapi dengan otak pintar dual-core, menggunakan CheryGPT dan Deepseek untuk mencapai persepsi persekitaran multimodal dan sesi soal jawab pengetahuan profesional yang tepat.

AIMOGA CHERY
Chery turut bekerjasama dengan Huawei, NVIDIA dan Horizon Robotics, Cherydalam usaha mempercepatkan evolusi mobiliti pintar melalui pendekatan “teknologi + senario.”

Dari segi interaksi, robot ini menyokong dialog semula jadi dalam 10 bahasa dengan kadar ketepatan sehingga 95%, mengatasi halangan bahasa dan menyediakan perkhidmatan pintar kepada pengguna di seluruh dunia.

Melalui alat konfigurasi berasaskan awan, Robot AIMOGA dapat menguasai kepakaran industri dalam hanya satu jam, meningkatkan kecekapan penyebaran dan memenuhi keperluan peribadi dalam pelbagai senario.

Chery berkata, mereka menyasarkan aplikasi masa depan akan melibatkan panduan pusat beli-belah, perkhidmatan pawagam, dan pembantu rumah pintar, dengan tujuan mewujudkan perkhidmatan AI pintar yang terintegrasi dan memberikan pengalaman hidup pintar yang baru kepada pengguna.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Eksoskeleton Pintar Pertama Dunia Untuk 'Outdoor', Kini Realiti Buat Peminat Aktiviti Lasak
  • 7 Telefon Pintar Popular Xiaomi Ini Tidak Lagi Terima Kemas Kini

Sumber: Chery

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
  • 30 Modul Bateri EV BMW Terpakai Bantu Bekalkan Elektrik 24 Jam Kepada Kampung Orang Asli Di Pahang
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • ASUS TUF Gaming T700TL Kini Di Malaysia, Harga RM9,999
  • Akui Kemarahan Awam, Altman Cadang Lokasi Pusat Data Lebih Jauh Dari Komuniti
©2026 WISER.MY