Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YTL Data centre kulai

Kapasiti Pusat Data Malaysia Dijangka Meningkat Menjelang Akhir 2026, Penyejukan Cecair Bukan Lagi Pilihan Lestari

Diterbitkan Mac 25, 2026 · Dikemas kini Mac 31, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia dijangka menggandakan kapasiti pusat data daripada 1,025 MW pada 2025 kepada 2,100 MW menjelang akhir 2026.

Johor menjadi pemacu utama dengan 1,500 MW yang masih dalam pembinaan,  termasuklah projek kampus 500 MW oleh YTL di Kulai.

Malah terdapat rancangan tambahan sebanyak 4,000 MW di seluruh negara.

Menurut laporan Nikkei Asia, kedudukan Johor kini semakin kukuh di mana ia bukan lagi sekadar pasaran limpahan dari Singapura, kerana faktor tanah yang luas, kedekatan dengan Singapura dan rangkaian sambungan yang baik.

“Johor jelas telah berkembang melangkaui sekadar pasaran limpahan,” kata Sum Chun Kit, pengurus pasaran modal JLL Malaysia, yang meliputi transaksi pusat data, merujuk kepada trend beberapa tahun lalu di mana pengendali beralih dari negara jiran Singapura disebabkan oleh kekangan tanah dan kuasa negara kota itu.

Lonjakan kecerdasan buatan (AI) menjadi pemacu utama, dengan keperluan GPU baharu mencecah 130 kW setiap rak, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap teknologi penyejukan cecair dan infrastruktur berprestasi tinggi.

“Ketumpatan rak telah meningkat secara mendadak, dan penyejukan cecair bukan lagi pilihan untuk binaan masa hadapan jika pengendali ingin memenuhi ambang kecekapan,” kata Sum.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Vantage Data Centers telah pun menyiapkan fasiliti keempat mereka yang telah disewa sepenuhnya di Cyberjaya, Malaysia.

Fasiliti ini dibangunkan dengan sistem air tertutup yang hampir sifar penggunaan air (WUE atau Water Usage Effectiveness), menjadikannya antara pusat data paling efisien dari segi tenaga dan kelestarian.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mencadangkan, pembangunan pusat data perlu mengambil kira faktor ketersediaan sumber air mentar di kawasan pembangunan, pengurangan kebergantungan kepada bekalan air terawat dan kebolehlaksanan penggunaan sumber alternatif serta ketersediaan infrastruktur sistem bekalan air dan pelaburan yang berkaitan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air
  • PBB Isytihar Dunia Sedang Dalam Keadaan ‘Bankrap Air’ 
  • ASUS Dan Cooler Master Tawar Solusi Penyejukan Cecair Cekap Tenaga Untuk Pusat Data AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY