Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pusat data

Penggunaan Tenaga Untuk Pusat Data Dijangka Meningkat Bersamaan 50 Juta Isi Rumah

Diterbitkan Mac 26, 2026 oleh ariff bukhari

Permintaan elektrik dunia dijangka melonjak antara 2024 hingga 2030, dipacu oleh pelbagai sektor.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), industri bukan berat akan menyumbang peningkatan terbesar sebanyak 1,533 TWh, diikuti oleh pengangkutan elektrik (+838 TWh), peralatan rumah (+757 TWh), dan penyejukan ruang (+651 TWh).

Penggunaan tenaga bagi semua jenis pusat data pula, yang menjadi tulang belakang ekonomi digital dijangka bertenambah sehingga 530 TWh penggunaan elektrik, bersamaan dengan tenaga yang digunakan oleh 50 juta isi rumah setahun.

Walaupun keperluan itu dilihat lebih kecil berbanding sektor lain, tetapi ia tetap signifikan kerana pertumbuhan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan keperluan pemprosesan data pantas yang semakin diperlukan oleh hampir semua industri.

Sektor pemanasan ruang dan air serta industri berat turut menyumbang kepada peningkatan ini dengan masing masing +454 TWh dan +403 TWh.

Statista dalam laporannya menyimpulkan, trend ini menunjukkan dunia semakin bergantung kepada elektrik dengan pusat data menjadi simbol cabaran baharu dalam keseimbangan antara kemajuan teknologi dan kelestarian tenaga.

Penggunaan Tenaga Untuk Pusat Data Dijangka Meningkat Bersamaan 50 Juta Isi Rumah

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kapasiti Pusat Data Malaysia Dijangka Meningkat Menjelang Akhir 2026, Penyejukan Cecair Bukan Lagi Pilihan Lestari
  • Arm Perkenal Cip AI Baharu, Lebih 45 Ribu Teras Dalam Satu Rak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY