Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad 5g

Purata Kelajuan Muat Turun Digi 5G Adalah 18.7 Kali Lebih Pantas – OpenSignal

Diterbitkan April 6, 2023 oleh ariff bukhari

Buat pertama kalinya dalam laporan pengalaman rangkaian mudah alih yang diterbitkan Opensignal Malaysia, metrik pengalaman 5G telah dimasukkan ke dalam jadual laporan mereka.

Setakat bulan Mac 2023, Digi merekodkan kelajuan muat turun 5G terpantas dengan skor selaju 440.7Mbps.

Ia adalah 62.6Mbps lebih laju di hadapan skor Unifi 5G yang berada di tempat kedua iaitu 378.1Mbps.

Digi juga merekodkan kelajuan muat naik 5G terpantas tetapi berkongsi kedudukan dengan U Mobile dan Celcom selepas ketiga-tiga pengendali itu terikat dengan skor kelajuan muat naik 5G 42.8-44.3Mbps.

OpenSignal menyatakan, pengguna Digi merasai pengalaman kelajuan muat turun purata 18.7 kali lebih pantas dengan sambungan 5G berbanding kelajuan muat turun keseluruhan mereka.

Sementara itu pengguna Yes pula merasai pengalaman kelajuan purata muat naik 5G 10.4 kali lebih pantas daripada kelajuan muat naik keseluruhan mereka.

Mobile Network Experience Report _ March 2023 _ © Opensignal Limited

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599
  • Siri HONOR Magic5 Dan Magic Vs Rasmi, Harga Bermula RM3299

Sumber: Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY