Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor magic5 pro malaysia1

Siri HONOR Magic5 Dan Magic Vs Rasmi, Harga Bermula RM3299

Posted on April 6, 2023April 6, 2023

Siri HONOR Magic5 dan peranti boleh lipat Magic Vs telah rasmi untuk pasaran Malaysia. Secara keseluruhan, HONOR memperkenalkan 3 telefon pintar baharu untuk kita semua – Magic5, Magic5 Pro dan Magic Vs.

Berikut adalah spesifikasi lengkap bagi setiap model yang HONOR perkenalkan pada hari ini:

HONOR Magic5

Model asas dalam siri Magic5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, guna memori RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 3.1 bersaiz 256GB.

HONOR Magic5 hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.73″ dengan resolusi 1224 x 2688 dan sokong kadar segar semula 120Hz hingga kecerahan maksimum 1,600nits.

Peranti ini menggunakan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13, disokongkan bateri 5,100mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

Untuk kamera, Magic5 memiliki tetapan 3 kamera – 54MP lebar (f/1.9, 1/1.49), 50MP ultra-lebar (f/2.0), 32MP telefoto (f/2.4) dan 12MP swafoto (f/2.4).

HONOR Magic5 Pro

honor magic5 pro malaysia1

Untuk model Pro, peranti HONOR ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, menggunakan memori RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 dengan kapasiti 512GB.

Magic5 Pro ini dilengkapi skrin LTPO OLED 6.81″ yang beresolusi 1312 x 2848, menyokong kecerahan 1,800nits dan kadar segar semula 120Hz.

Seperti Magic5, versi Pro ini menggunakan MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13, disokongkan bateri sebesar 5,100mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

Magic5 Pro memiliki tetapan 3 kamera – 5oMP lebar (f/1.6), 50MP ultra-lebar (f/2.0), 50MP periskop telefoto (f/3.0) dan 12MP swafoto (f/2.4).

HONOR Magic Vs

Peranti boleh lipat HONOR Magic Vs pula dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori RAM 12GB dan storan 512GB. Selain itu, ia menggunakan MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13.

Skrin dalamnya adalah panel OLED boleh lipat berukuran 7.9″ yang beresolusi 2272 x 1984 dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Skrin luar pula adalah panel OLED 6.45″ dengan resolusi 2560 x 1080 dan menyokong kadar segar semula hingga 120Hz.

Seperti yang lain, peranti boleh lipat ini dilengkapi tetapan 3 kamera – 54MP utama (f/1.9), 50MP ultra-lebar & makro (f/2.0), 8MP 3X zum optikal (f/2.4) dan 16MP swafoto (f/2.45).

HONOR Magic Vs disokongkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

Harga

HONOR menjanjikan sokongan 3 kemas kini utama perisian sistem MagicOS dan 5 tahun sekuriti.

HONOR Magic5 Pro
HONOR Magic5 Pro
HONOR Magic Vs

HONOR akan menjual Magic5 pada tanda harga rasmi RM3,499 dan versi Pro pula akan dijual pada harga RM4,299.

Manakala, peranti boleh lipat HONOR Magic Vs akan dijual pada harga RM5,999.

Pratempah HONOR Magic Vs Shopee

Pratempah HONOR Magic5 Pro Shopee

{suggest}

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress