Ini Telefon ‘Midrange’ Pertama Dengan 200MP OIS, Siap Ada Ciri ‘Flagship’ Lain Serendah RM1599

Redmi baru saja lancarkan 3 model baharu dalam siri Redmi Note 12. Tapi, kali ini bukan biasa-biasa sebab ada ciri-ciri telefon flagship dalam telefon kelas midrange ini.

Tiga telefon tersebut ialah Redmi Note 12 Pro+ 5G, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12.

Mungkin ada curiga, biar betul telefon midrange tapi barang boek macam flagship?

Teruskan tatal ke bawah untuk tahu apa ciri-ciri flagship yang ada pada Redmi Note 12 Pro+ 5G.

{snap}

200MP pertama dalam kelas midrange Redmi Note




Pertama sekali ialah kameranya. Model paling tinggi spesifikasi dalam siri ini iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G dilengkapkan dengan lensa 200MP.

Ini merupakan telefon kelas pertengahan (midrange) yang guna 200MP. Ya, ini bukan cubaan, tapi betul-betul.
Dengan 200MP, butiran gambar lebih tajam dan tak lupa juga ia disertakan OIS.

Bukan saja power dalam detail gambar, rakam video pun tak ada masalah bergegar.

Maka, tak perlulah anda habiskan wang sampai RM5,000 untuk pakai telefon flagship hanya untuk 200MP, Redmi Note 12 Pro+ 5G ada.

Tengok di TikTok

{snap}

Flow AMOLED 120Hz pertama untuk segmen midrange




Kalau anda rasa 200MP di midrange dah cukup gah, anda silap. Ketiga-tiga model siri Note 12 guna panel AMOLED dengan refresh rate 120Hz, pertama dalam kelasnya.

Iyalah, sebelum ini, nak dapat AMOLED siap 120Hz memang tak ada pilihan lain selain telefon flagship.

Dengan siri Redmi Note 12, barulah puas tengok Netflix dengan AMOLED sebab warnanya lebih terang, hitamnya lagi pekat, memang seronoklah sekali dah kena AMOLED.

120Hz ni pula bukan saja suka-suka, tapi kalau main game lagi syok. Lancar je scroll, orang kata dah cuba sekali, susah nak turun ke kadar segar yang rendah.

Lihat di Shopee

{snap}

Pengecasan pantas 120W pertama dalam kelasnya, dengan cip Xiaomi Surge P1


harga redmi note 12 pro+ 5g malaysia

Belum, belum cukup lagi. Redmi Note 12 Pro+ 5G buat pertama kali dalam kelas midrange, sokong pengecasan pantas 120W melalui HyperCharge.

Sungguh, teknologi pengecasan pantas seperti 120W antara nikmat dunia yang jangan kita nafikan.

Bayangkan dalam masa beberapa minit je, bateri dah penuh. Situasi paling biasa, cas telefon waktu mandi, nak keluar rumah bateri dah full.

Lihat di Lazada

{snap}

Bajet bawah sedikit, tapi nak tawaran yang lebih kurang?


harga redmi note 12 5g malaysia

Macam anda tahu awal-awal tadi, 3 model dilancarkan. Redmi Note 12 Pro+ 5G sebagai ‘abang long’ sudah tentu hadir dengan spesifikasi paling tinggi antara ketiga-tiga.

Tapi, jangan takut kerana tawaran dengan harga yang lebih rendah tersedia pada 2 model lain.

Redmi Note 12 Pro+ 5G yang lengkap dengan semua ciri di atas dijual di Malaysia pada harga RM1,599.

Redmi Note 12 5G menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 1 dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan 33W. Harganya RM1,099.

Redmi Note 12 pula dijana Snapdragon 685, RAM 8GB dengan storan 128GB dan 3 kamera, 50MP utama. Ia hanya serendah RM799.

Walaupun dalam kelas midrange dan harga lebih rendah, tapi Redmi Note 12 5G dan Note 12 masih ada ciri flagship yang tidak tersedia pada telefon midrange lain. Contohnya, AMOLED 120Hz.

Oh ya, tempahan awal dibuka dari 6 April 2023. Sehingga 13 April, anda akan mendapat Redmi Smart Band 2 percuma untuk pembelian mana-mana model antara ketiga-tiga ini.

*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia

Lihat di Lazada