Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pulau Gaya Jadi Yang Pertama Di Malaysia Jadikan Sisa Plastik Laut Laluan Pejalan Kaki

Pulau Gaya Jadi Yang Pertama Di Malaysia Jadikan Sisa Plastik Laut Laluan Pejalan Kaki

Diterbitkan Disember 15, 2025 ยท Dikemas kini Disember 15, 2025 oleh ariff bukhari

Pulau Gaya mencatat sejarah apabila berjaya menyiapkan laluan pejalan kaki pertama di Malaysia yang dibina sepenuhnya menggunakan sisa plastik laut.

Projek sepanjang 130 meter di Kampung Lobong ini menggunakan 813 kilogram plastik, bersamaan puluhan ribu botol PET, hasil kutipan komuniti, pembersihan pantai, dan operasi kapal Mobula oleh Marine Research Foundation.

Laluan selebar tiga kaki ini menghubungkan jambatan kayu kampung ke gelanggang sukan, memberi kemudahan lebih selamat kepada penduduk.

Projek oleh Meraki Daat Sabah Initiative ini unik kerana dilaksanakan sepenuhnya di pulau, berbeza dengan projek jalan plastik industri di tanah besar.

Pasukan teknikal mengatasi cabaran logistik dengan kaedah hibrid eco-paver dan papak konkrit, menggunakan air hujan serta pasir pantai tempatan untuk mengurangkan jejak karbon.

Inisiatif ini bukan sekadar membina jalan, tetapi menyelesaikan masalah sisa plastik pulau.

Visi jangka panjangnya ialah mengkomersialkan teknologi eco-paver dan menangani dua isu utama Sabah: jalan luar bandar yang daif dan krisis plastik yang semakin meningkat.

Berkaitan

  • Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja
  • Plastik - Keajaiban Yang Menjadi Bencana Global
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY