Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja

Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja

Diterbitkan Jun 4, 2025 · Dikemas kini Jun 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Saintis di Jepun mencipta bahan plastik yang boleh larut dalam air laut dalam masa beberapa jam tanpa tinggalkan sisa atau mikroplastik. Teknologi ini dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari RIKEN dan Universiti Tokyo, dan bahan ini dikatakan sekuat plastik petroleum biasa tetapi jauh lebih mesra alam dan tidak mengganggu ekosistem laut.

Di makmal mereka di Wako, secebis plastik diletakkan dalam air garam dan selepas kira-kira satu jam dikacau, ia hilang sepenuhnya. Walaupun ujian awal menunjukkan kesan cepat di air laut, dalam tanah pula ia mengambil masa sekitar 200 jam untuk terurai sepenuhnya.

Apa yang menarik, plastik ini akan terurai kepada komponen asalnya apabila bertindak balas dengan garam. Komponen itu pula boleh diuraikan oleh bakteria semula jadi, jadi tiada risiko mickoplastik memasuki rantaian makanan.

Biarpun belum ada pelan komersial rasmi, projek ini sudah menarik minat pemain industri, terutamanya dalam sektor pembungkusan. Menurut saintis utama projek ini, Takuzo Aida, misi mereka adalah jelas, iaitu membantu selesaikan isu plastik sebelum krisis jadi lebih parah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menjangkakan pencemaran plastik akan meningkat tiga kali ganda menjelang 2040.

Ini bermakna dunia bakal berdepan dengan sehingga 37 juta tan plastik mencemari laut setiap tahun.

Oleh itu, inovasi seperti ini mungkin antara jalan penyelesaian paling realistik jika dikembangkan dengan serius. Mungkin sudah tiba masa plastik tidak lagi mencemarkan.

Berkaitan

  • Kajian Saintifik Dorong EU Perketat Peraturan Bahan Kimia Dalam Mainan
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • 'Godfather AI' Lancar 'Polis AI', Bimbang Teknologi Hilang Kawalan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY