Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025

Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025

Diterbitkan Februari 27, 2025 oleh Amsyar Latif

Sekiranya anda pelanggan Public Bank dan menggunakan peranti Android, pastikan sistem operasi anda sekurang-kurangnya versi Android 11.

Ini kerana Public Bank mengingatkan pelanggan mereka untuk beralih daripada aplikasi PB engage MY kepada MyPB dan aplikasi lama itu akan ditamatkan sepenuhnya bermula Jun 2025. Perkara ini telah pun dimaklumkan sejak tahun lalu.

Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025

MyPB merupakan aplikasi perbankan baharu di mana ia hadir dengan antara muka lebih moden dan intuitif.

Terdapat banyak juga ciri yang ditawarkan seperti melihat baki akaun dan membuat transaksi, memohon perkhidmatan serta produk bank, membuat janji temu, kalkulator kiraan pinjaman, penjejak perbelanjaan dan banyak lagi.

Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025
Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025

Untuk beralih kepada aplikasi MyPB, pelanggan perlu muat turun di Play Store, App Store atau AppGallery. Kemudian, log masuk menggunakan akaun PBe sedia ada dan sahkan log masuk menggunakan aplikasi PB engage MY.

Seterusnya daftar PB SecureSign di aplikasi MyPB dan aktifkan PB SecureSign di mana-mana cawangan atau ATM Public Bank.

Nampaknya, banyak bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Bank Islam sudah beralih kepada aplikasi perbankan baharu, lebih moden dan menamatkan aplikasi lama.

Jadi, pelanggan bank juga perlu mengemas kini sistem operasi untuk menggunakan aplikasi baharu dan ia turut menjamin keselamatan akaun anda.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Sejumlah Lagi Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Beralih Ke CIMB OCTO
  • Bank Islam Lancar Aplikasi, Perbankan Internet Baharu - BIMB Mobile & BIMB Web
  • Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY