Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton Tubuh PICSB, Fokus Eksport Global

Proton Tubuh PICSB, Fokus Eksport Global

Diterbitkan Julai 29, 2025 ยท Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Proton Holdings Bhd mengambil langkah strategik dalam mengukuhkan kehadiran globalnya dengan menubuhkan anak syarikat baharu, Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB), khusus untuk mengendalikan operasi eksport kenderaan ke pasaran antarabangsa.

PICSB yang dimiliki sepenuhnya oleh Proton akan memacu pertumbuhan jualan luar negara syarikat itu, dengan sasaran 6,000 unit dieksport pada tahun 2025, dan digandakan angka tersebut pada 2026.

Menjelang tahun 2030, Proton menyasarkan untuk mencapai eksport melebihi 10 kali ganda.

Diketuai oleh Edmund Lim Meng Thong, PICSB merancang untuk memperluas strategi pemasaran global dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan seperti Automotive High Tech Valley (AHTV) bagi memenuhi permintaan luar negara yang kian meningkat.

proton eMAS 7

Sejak tahun 2020, Proton telah mengeksport 20,169 unit kenderaan ke 19 negara, termasuk Brunei, Fiji, Nepal, Pakistan, Afrika Selatan dan Trinidad & Tobago. Model paling banyak dieksport ialah Proton Saga (10,998 unit), diikuti X50 (3,986 unit) dan X70 (3,316 unit).

Proton turut menembusi pasaran antarabangsa bagi kenderaan elektrik, menerusi model e.MAS 7. Sehingga Mei 2025, sebanyak 3,632 unit e.MAS 7 telah terjual, termasuk 233 unit yang dihantar ke luar negara.

Penubuhan PICSB menjadi langkah penting dalam usaha Proton untuk mengukuhkan kehadiran di pasaran global.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto
  • Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini - Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY