Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990

Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh ariff bukhari

Proton sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama nasional dengan pelancaran All-New Proton Saga 2026 (MC3).

Model ini direka khas untuk pemandu harian yang mahukan gabungan teknologi moden, keselamatan dipertingkat dan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya.

Tiga varian ditawarkan: Standard, Executive dan Premium. Varian Standard hadir dengan enjin 1.5L i-GT, transmisi 4AT, 2 beg udara serta sistem audio asas. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan sedan ringkas dan mampu milik.

Varian Executive pula menambah ciri moden seperti rim 15”, skrin berkembar 16” dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, serta sensor parkir depan dan belakang.

Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990
Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990
Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990
Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990
Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990

Varian Premium menjadi pilihan paling lengkap dengan transmisi CVT, kerusi kulit dua tona, 6 beg udara dan sistem keselamatan ADAS termasuk AEB, LDW dan RCTA. Ia juga lebih jimat dengan penggunaan bahan api 4.9L/100KM berbanding 5.1L/100KM pada varian lain.

Proton Saga 2026 Rasmi, Harga Bermula RM38,990

Dari segi rekaan, Saga 2026 tampil lebih sporty dengan lampu LED penuh, gril “Sulaman Songket” dan kabin luas yang menawarkan keselesaan premium.

Lima pilihan warna eksklusif turut disediakan: Snow White, Armour Silver, Space Grey, Ruby Red dan Deep Marine Blue.

Menariknya lagi, sudah tentulah harga yang diumumkan iaitu bermula RM38,990.

Malah dengan rebat istimewa bernilai RM1,000 yang diberi sempena pelancarannya, anda boleh miliki Proton Saga 2026 pada harga dari RM37,990.

WhatsApp Image 2025-11-27 at 16.37.01

Dengan harga mampu milik dan ciri keselamatan terkini, Proton Saga 2026 jelas menjadi sedan nasional yang berbaloi dimiliki.

Layari laman rasmi All-New Saga MC3 – Proton Malaysia Spesifikasi, Warna, Interior & Varian Baharu untuk info lebih lanjut.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • SHOEI Lancar Helmet Motosikal Pertama Di Dunia Terbina AR Berharga ~RM5,700
  • HONOR Magic8 Pro Dilancar Pada Harga RM4,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY