Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.MAS 7 PHEV Mampu Beri Lebih 1,100 Km

Proton e.MAS 7 PHEV Mampu Beri Lebih 1,100 Km

Diterbitkan Februari 3, 2026 · Dikemas kini Februari 3, 2026 oleh ariff bukhari

Proton e.MAS 7 PHEV membuktikan keupayaan jarak luar biasa apabila berjaya menamatkan perjalanan sejauh 1,104.5 kilometer hanya dengan satu cas penuh bateri dan satu tangki penuh petrol.

Pandu uji dunia sebenar oleh Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET),  dari Pulau Pinang ke Johor, kemudian ke Shah Alam, memperlihatkan penggunaan bahan api serendah 3.7L/100 km, sekali gus menegaskan kecekapan sistem hibrid plug-in generasi baharu.

Lebih mengagumkan, baki jarak pemanduan 189 km masih tersedia walaupun selepas melalui perjalanan panjang itu.

Proton e.MAS 7 PHEV Mampu Beri Lebih 1,100 Km
Proton e.MAS 7 PHEV dikuasakan oleh Teknologi Hibrid EM-i, menawarkan penggunaan bahan api dan kos penyelenggaraan yang sangat efisien.

Pencapaian ini memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa teknologi hibrid mampu memenuhi keperluan harian dan perjalanan jarak jauh tanpa kompromi terhadap prestasi.

Dengan gabungan pemanduan elektrik sebagai keutamaan dan sokongan enjin canggih, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan pengalaman memandu yang lancar, efisien dan praktikal.

Malah, teknologi hibrid ini membolehkan jadual penyelenggaraan lebih panjang iaitu sekali setahun
atau setiap 15,000 km, lebih lama berbanding kenderaan enjin petrol biasa.

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV sudah pun dibuka secara rasmi, dengan julat harga tentatif antara RM110k hingga RM130k.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • (Video) Kapal Bateri-Elektrik Terbesar Dunia, China Zorrilla Memulakan Ujian
  • Kita Sedang Rakus Habiskan Sumber Bumi - Pusat Data AI, Bateri EV Contoh Paling Jelas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY