Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton eMAS 5

Proton e.MAS 5 Akan Dilancar 30 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Proton mengesahkan bahawa Proton e.MAS 5, kenderaan elektrik (EV) pertama mereka dalam segmen mampu milik, akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Oktober 2025.

Model ini sudah dibuka untuk tempahan awal dengan harga anggaran antara RM60,000 hingga RM80,000, menjadikannya antara EV paling berpatutan di pasaran Malaysia ketika ini.

Dua varian ditawarkan — Prime dan Premium, masing-masing menampilkan reka bentuk kompak serta prestasi tinggi untuk kategori harganya.

Varian Premium hadir dengan bateri 40.16 kWh CATL LFP, jarak pemanduan sehingga 325 km (WLTP), serta pengecasan pantas DC 71 kW yang mampu mengisi dari 30–80% dalam 21 minit. Ia turut dilengkapi rim 16 inci, kamera 360 darjah, sistem bantuan pemandu ADAS, pintu belakang berkuasa dan lampu utama LED aerodinamik.

Sementara itu, varian Prime menggunakan bateri 30.12 kWh dengan jarak 225 km (WLTP), pacuan roda belakang, serta paparan 14.6 inci FHD dan enam beg udara untuk keselamatan.

Kedua-dua varian menggunakan sistem operasi ATLAS OS (menyokong Bahasa Inggeris dan Melayu) serta dilengkapi ADAS Tahap 2, ruang but 375 L + frunk 70 L, dan pengecasan tanpa wayar.

Lima warna disediakan, termasuk Marble Cream dan Quartz Rose eksklusif untuk varian Premium. Tempahan boleh dibuat di 42 pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman rasmi emas.proton.com.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Proton e.MAS 5 Kini Dibuka Untuk Tempahan — EV Mampu Milik Sekitar Dari RM60,000
  • 1,400 Kakitangan Proton Kini Beroperasi Di Hab Automotif Berteknologi Tinggi Tanjong Malim

Gambar utama: Proton e.MAS Cars

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY