Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.Mas 5

Proton e.MAS 5 Kini Dibuka Untuk Tempahan — EV Mampu Milik Sekitar Dari RM60,000

Diterbitkan Oktober 4, 2025 · Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Proton e.MAS 5 Prime berharga RM59,800, varian Premium RM72,800. Namun, ada rebat di mana varian Prime RM56,800 dan Premium RM69,800.

WhatsApp Image 2025-10-30 at 17.16.49
WhatsApp Image 2025-10-30 at 17.17.52
Screenshot 2025-10-30 at 5.18.01 PM

Artikel asal:

Proton hari ini rasmi membuka tempahan untuk Proton e.MAS 5, model kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat itu dalam segmen mampu milik, dengan harga anggaran antara RM60,000 hingga RM80,000.

Model ini ditawarkan dalam dua varian — Prime dan Premium di mana masing-masing menampilkan reka bentuk kompak dengan prestasi yang mengagumkan untuk kategori harganya.

Proton e.Mas 5

Varian Premium dilengkapi dengan bateri 40.16kWh CATL LFP, jarak pemanduan sehingga 325km (WLTP), pengecasan pantas DC 71kW (30–80% dalam 21 minit), rim aloi 16 inci, kamera 360 darjah, sistem bantuan pemandu pintar (ADAS), pintu belakang berkuasa dan lampu utama LED aerodinamik. Ia juga mampu memecut 0–50km/j dalam hanya 3.9 saat.

Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5

Sementara itu, varian Prime hadir dengan bateri 30.12kWh untuk jarak 225km (WLTP), enam beg udara, paparan 14.6 inci FHD, tempat duduk kulit tiruan, pacuan roda belakang serta suspensi pelbagai pautan belakang.

Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5
Proton e.Mas 5

e.MAS 5 turut menampilkan paparan skrin besar dengan sistem operasi ATLAS OS (Bahasa Inggeris & Melayu), sistem keselamatan ADAS Tahap 2, ruang but 375L + frunk 70L, serta sokongan pengecasan tanpa wayar.

Proton e.Mas 5

Tempahan awal dibuka dengan bayaran RM99, terhad kepada 5,000 pelanggan pertama, yang turut menerima kad Touch ’n Go NFC edisi terhad bernilai RM100 serta rebat RM500 untuk yuran tempahan.

Lima pilihan warna ditawarkan termasuk Marble Cream dan Quartz Rose (eksklusif Premium). Tempahan boleh dibuat di 42 pengedar Proton e.MAS seluruh negara atau melalui laman rasmi emas.proton.com.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Proton Rasmi Kilang EV Pertama Di Malaysia
  • Hab Pengecasan Pantas Pertama PRO-NET Rasmi Di Tanjung Malim, Kadar RM0.80/kWh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY