Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bas rapidkl

Proses Pembaharuan Pas My50 Akan Ditangguh Sementara – Rapid KL

Diterbitkan Disember 17, 2024 ยท Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh Amalina Athman

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan Rapid KL hari ini memaklumkan bahawa proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu, bermula 23 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025 di semua kaunter khidmat pelanggan rel, BRT dan hab bas Rapid KL.

Menurutnya, penangguhan sementara itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50 bagi meningkatkan keupayaan sistem, untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter tersebut.

Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, ia perlu dihabiskan terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu.

Bermakna, sepanjang tempoh penambahbaikan, proses pembaharuan hanya dibenarkan selepas pas tamat tempoh sahaja.

prasarana Rapid KL pas My50

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau rujuk laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini.

Berkaitan

  • My50: Hanya RM50 Untuk 30 Hari Perjalanan Tanpa Had, Ini Cara Aktifkan
  • Prasarana Perkenal Pas OKU Smile Untuk Perjalanan Percuma
  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • My50 Akan Tersedia Dalam Aplikasi TnG eWallet

Sumber: Rapid KL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY