Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT) kini merancang untuk mengintegrasikan pas pengangkutan awam bulanan My50 dengan Touch ‘n Go (TnG) eWallet bagi memudahkan pengguna memperbaharui pas mereka secara digital.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa inisiatif ini bertujuan mengurangkan keperluan pengguna beratur di kaunter stesen LRT, dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.
Saya telah meminta Prasarana Malaysia Bhd untuk mengintegrasikan pas My50 dengan TnG eWallet bagi memudahkan pengguna. Dalam beberapa bulan akan datang, integrasi ini akan diselesaikan, menjadikan proses lebih mudah bagi pengguna menjelang tahun depan.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM216 juta untuk menyokong inisiatif My50 pada tahun ini. Dengan pembukaan laluan LRT3 pada tahun hadapan, kerajaan menjangka lebih ramai pengguna akan beralih kepada pas My50, secara tidak langsung meningkatkan kadar kesesakan pada kaunter pembelian.
Sejak diperkenalkan pada 2019, My50 sering digunakan oleh masyarakat tempatan dan menyaksikan peningkatan ketara dalam bilangan pengguna. Menurut Loke, seramai 226,000 pengguna aktif direkodkan sehingga September 2024, iaitu lebih dua kali ganda berbanding 98,000 pengguna ketika inisiatif ini mula diperkenalkan.
Inisiatif kerajaan menyediakan pas My50 kepada rakyat membolehkan rakyat mengurangkan kos perbelanjaan di mana hanya menggunakan RM2 sehari untuk perjalanan ke tempat kerja dalam tempoh sah 30 hari.
Selain itu, pas sehari serta seminggu juga ditawarkan di mana selalunya digunakan untuk satu trip sahaja seperti bersiar-siar yang hanya ditawarkan serendah RM5 sehari di mana anda bebas ke mana sahaja menggunakan pengangkutan awam.
Dengan langkah ini, pembelian pas pada Touch ‘n Go (TnG) eWallet dijangka menjadi satu kemudahan kepada pengguna dimana ia lebih mudah diakses oleh pengguna tanpa perlu membazirkan masa beratur panjang di kaunter pembelian. Integrasi ini juga menyumbang kepada kemajuan sistem pengangkutan awam yang efisien serta lebih mesra pengguna.
{suggest}
Sumber: TheStar