Selaras dengan Bajet 2022, kerajaan menyediakan ‘My50 Travel Package’, pas bulanan untuk dinikmati oleh pengguna perkhidmatan Prasarana di seluruh Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Pas My50 ini menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, serta perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
Manakala di Pulau Pinang, pas ‘My50 Mutiara’ menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas Rapid Penang.
Untuk layak membeli My50, anda mestilah warganegara Malaysia dengan MyKad atau MyTentera yang sah.
Berikut adalah cara untuk membeli ‘My50 Travel Package’.
Lokasi untuk membeli ‘My50 Travel Package’
- Pastikan MyKad atau MyTentera anda mempunyai baki sekurang-kurangnya RM55.
- Pembelian boleh dibuat di lokasi Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di lokasi yang tertera:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hab Bas Rapid KL:
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Pyramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
- Kiosk Rapid Penang:
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dat’ kailan (Kepala Batas
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
Cara untuk membeli My50 di Lembah Klang
- Pastikan MyKad atau MyTentera anda mempunyai fungsi Touch ‘n Go.
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL atau stesen bas. Jika baki anda tidak mencukupi, anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM60 ke dalam MyKad atau MyTentera anda dahulu.
- My50 akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh palang pembayaran dan akan dikira sebagai Hari 1 (hari pertama).
- Untuk mengaktifkan pembaharuan automatik, permintaan boleh dilakukan di mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL atau hab bas terpilih.
- Setelah pembaharuan automatik diaktifkan, anda boleh memuatkan semula MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai runcit dengan kemudahan tambah nilai Touch ‘n Go pada bulan-bulan berikutnya.
- Pastikan jumlah dalam nilai dompet dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pas diperbaharui secara automatik.
Cara untuk membeli Pas My50 Mutiara di Pulau Pinang
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana kiosk Rapid Pulau Pinang yang tertera di atas.
- Pas My50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja ia menyentuh pengimbas kad dalam bas apabila anda menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan pembaharuan automatik untuk Rapid Penang masih belum tersedia buat masa ini.
Permohonan Pakej My50 boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2022.
Selamat mencuba!
Sumber: Kementerian Kewangan
Baca juga: