Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_1

Projek Rintis Sistem Alamat Nasional Akan Bermula Tahun Depan – Teo

Diterbitkan Disember 3, 2025 ยท Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Amalina Athman

Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) akan diperluas ke seluruh negara dengan projek rintis dijadual bermula pada awal tahun hadapan di sembilan kawasan terpilih.

Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pelaksanaan ini akan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan kawasan yang mempunyai kadar ketidakseragaman alamat paling tinggi sebelum diperluas ke seluruh negara.

“Dengan pelaksanaan NAS ini, semua premis di seluruh negara termasuk di kawasan kampung, luar bandar dan pedalaman akan mempunyai alamat yang standard, lengkap dan diiktiraf.”

Beliau menambah, sistem ini akan menyokong pelbagai sektor termasuk perkhidmatan pos, keselamatan dan kecemasan, ekonomi, perancangan bandar, utiliti, kerajaan tempatan serta agensi kerajaan yang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Teo berkata pelaksanaan Program Kampung Digital di Melaka yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membantu menyelesaikan isu ketiadaan alamat yang jelas dan berstruktur di 618 kampung tradisional yang dikenal pasti.

Melalui inisiatif tersebut, setiap premis dipetakan dan direkodkan secara digital menggunakan Geographical Information System (GIS), seterusnya diberikan alamat standard serta kod QR unik.

Berkaitan

  • Setiap Alamat Akan Ada Pengecam Lokasi Unik - Ini Fungsi Sistem Alamat Nasional
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turki Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
©2026 WISER.MY