Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pusat data awan

Projek Pusat Data Bernilai RM1.75 Bilion Bakal Dibina Di Serendah Pada Suku Ke-3 2026

Diterbitkan April 20, 2026 oleh ariff bukhari

Sunway Construction (SunCon) telah berjaya memperoleh kontrak bernilai RM1.75 bilion daripada pelanggan hiperskala antarabangsa untuk pembinaan pusat data di Bandar Serendah.

Skop kerja-kerja tersebut merangkumi struktur utamad, infrastruktur kampus, serta pemasangan mekanikal, elektrik, dan paip (MEP).

Projek ini dijadualkan bermula pada suku ketiga 2026 ini, dengan anggaran tempoh siap selama 24 bulan.

“Kami melihat kontrak 2 tahun ini secara positif kerana ia mengukuhkan kedudukan SunCon dalam segmen DC yang pesat berkembang.” PhilipCapital.

Kontrak ini dijangka menyumbang margin bersih sekitar 6%, bersamaan keuntungan bersih RM105 juta sepanjang tempoh projek.

Jumlah kontrak baharu yang telah diperoleh SunCon setakat ini sudah mencecah RM3 bilion, mewakili 60% daripada sasaran pengisian semula FY26 syarikat itu sebanyak RM5 bilion.

Kini, projek pusat data menyumbang kepada 60% daripada buku pesanan RM8.7 bilion SunCon, bersamaan kira-kira 1.6 kali liputan hasil 2025nya.

SunCon juga sedang menender untuk projek Pusat Perubatan Sunway di Seremban dan Iskandar Puteri, dengan nilai gabungan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pusat Data AI Cipta "Pulau Haba", Naikkan Suhu Lokasi Berhampiran - Kajian
  • Pusat Data Tidak Relevan, Bakal Diganti Green AI - Premier Sarawak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY