Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Jadi Kalau Komputer Tak Pernah Shut Down Dalam Jangka Masa Panjang?

Pusat Data Tidak Relevan, Bakal Diganti Green AI – Premier Sarawak

Diterbitkan April 13, 2026 oleh ariff bukhari

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa pusat data mungkin tidak lagi relevan kerana bakal digantikan oleh teknologi baharu iaitu Green Artificial Intelligence (AI).

Beliau merujuk kepada pandangan Universiti Harvard yang menjangkakan perubahan besar dalam landskap teknologi global.

Kecerdasan buatan (AI) hijau lebih mesra alam dan inklusif berbanding AI konvensional, kerana ia bukan sahaja menghasilkan keputusan yang tepat tanpa meningkatkan kos pengiraan dan tidak memerlukan pelayan awan yang mahal.

Justeru, generasi muda Sarawak digesa bersedia menceburi bidang teknologi agar negeri tidak ketinggalan dalam arus digitalisasi.

Beliau memaklumkan, Kerajaan Sarawak kini menawarkan 64 program pendidikan tinggi untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang inovasi.

Pendidikan percuma turut disediakan bagi memastikan anak tempatan mendapat akses tanpa kekangan kewangan.

Abang Johari menekankan bahawa ilmu, khususnya dalam sains dan teknologi, adalah kunci untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat serta keluar daripada kemiskinan.

Beliau menekankan, fokus utama kerajaan itu ialah melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran dan mampu memanfaatkan teknologi hijau demi masa depan ekonomi Sarawak yang lebih mampan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat
  • Gelombang Penduduk Di AS Membantah Projek Bina Pusat Data AI Semakin Merebak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY