Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun

Amazon Diminta Jelaskan Isu Data Pengguna, Bakal Disaman Jika Didapati Bersalah

Diterbitkan Julai 6, 2024 oleh Meor Hasyim

Melalui Kesatuan Eropah (EU), akta servis digital (DSA) telah diwujudkan dan berkuat kuasa sepenuhnya sejak 17 Februari 2024.

Menerusi akta ini, ia dapat mengawal selia lebih telus bagaimana platform dalam talian menawarkan perkhidmatan dan servis mereka.

Terkini, Amazon telah diminta oleh EU untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan isu data pengguna pada platform itu.

Ini adalah kerana EU mahukan pilihan supaya pengguna Amazon boleh untuk tidak menerima sebarang algoritma berdasarkan data profil mereka.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • EU Mahu Apple Jadikan iOS Lebih Seperti Android
  • Kaspersky Beri Amaran Taktik 'Scam' Berkaitan UEFA EURO 2024

Menurut EU, langkah ini adalah untuk memastikan mana-mana platform dalam talian besar seperti Amazon lebih bertanggungjawab dalam menangani kandungan haram dan mudarat kepada pengguna.

Kertas siasatan boleh dibuka jika Amazon didapati bersalah tidak mematuhi akta ini dan boleh didenda sehingga 6% pendapatan tahunan global mereka.

Seiring dengan itu, Amazon telah diberikan sehingga 26 Julai ini untuk membuat penjelasan sebelum tindakan lanjut diambil oleh EU sendiri.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY