Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rapidkl mrt

Projek Pembinaan MRT3 Hanya Dijangka Bermula Pada 2027 – CEO MRT

Diterbitkan November 18, 2024 oleh Amalina Athman

Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027, iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berkata ketika ini proses berkenaan sedang berjalan dengan pemeriksaan awam akan dilaksanakan hingga 2 Disember ini.

Beliau berkata hanya selepas daripada itu baru pihaknya boleh memuktamadkan laluan dan memulakan proses pemerolehan tanah yang dijangka mengambil masa 24 bulan, iaitu hingga 2026.

Kami (MRT Corp) berharap menjelang 2027, kerajaan akan mempunyai cukup kapasiti untuk meneruskan projek ini. Itu sasaran peribadi saya tetapi ia bergantung kepada keadaan ekonomi. Seperti kita tahu ekonomi semakin pulih, jadi beri masa beberapa tahun lagi dan saya rasa ia akan jadi landasan kukuh untuk kita memulakannya.

MRT3, yang juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran akan menjadi komponen terakhir bagi rangkaian MRT Lembah Klang, menghubungkan pelbagai stesen transit aliran massa dan aliran ringan (LRT) dalam kawasan ibu negara bagi membentuk rangkaian yang menyeluruh.

Laluan rel sejauh 51 kilometer itu mampu menampung 25,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan perjalanan penuh di MRT3 mengambil masa lebih kurang 73 minit atau di bawah satu jam 15 minit.

Berkaitan

  • Tiga Projek Mega Akan Diteruskan - Anthony Loke
  • Rapid KL Naikkan Harga Pas MyCity 1 Hari, Pas MyCity Bukan Warganegara Diperkenalkan Semula
  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY