Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Projek Kereta Tak Jadi, Apple Dilapor Buang Lebih 600 Pekerja

Diterbitkan April 5, 2024 · Dikemas kini April 5, 2024 oleh Amalina Athman

Apple memberhentikan lebih 600 pekerja di California sebagai sebahagian daripada keputusan untuk menamatkan projek Apple Car dan panel microLED untuk Apple Watch, menurut pemfailan notis di Jabatan Pembangunan Pekerjaan California.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Apple Dilapor Batalkan Projek Apple Car, Pekerja Dipindah Dan Diberhentikan
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California memfailkan lapan laporan berasingan kepada negeri itu untuk mematuhi Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja (WARN).

Di bawah undang-undang tersebut, syarikat mesti memfailkan notis 60-hari sebelum pemberhentian kepada agensi negeri untuk setiap alamat California, termasuk pekerja yang terjejas. Sekurang-kurangnya 87 orang pekerja di alamat yang sepadan dengan kemudahan rahsia Apple bagi pembangunan skrin.

Selain itu, 371 pekerja telah diberhentikan di pejabat berkaitan Apple Car di Santa Clara, manakala berpuluh-puluh lagi di beberapa pejabat satelit turut terjejas. Namun begitu, ada juga yang telah dipindahkan ke divisyen lain, seperti kecerdasan buatan (AI) atau robotik.

The actual number is higher. Apple had a car presence in Arizona (divided between employees and contractors) and many display engineers in Asia. Those layoffs aren’t included in the 614 people reported to California. https://t.co/Gv0WHkMW8Y

— Mark Gurman (@markgurman) April 5, 2024

Sebagai tambahan, terdapat juga lebih daripada 120 notis pemberhentian yang difailkan oleh Apple di San Diego, yang dikaitkan dengan pejabat operasi data Siri.

Apple biasanya cuba memindahkan semula pekerja daripada projek yang dibatalkan ke divisyen lain. Walau bagaimanapun, mengambil kira kesesuaian tugas dan jumlah pekerja yang terlibat, tidak semuanya akan ditawarkan ke divisyen lain.

Sumber: Bloomberg via Yahoo Finance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY