Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spec Apple Car

Apple Dilapor Batalkan Projek Apple Car, Pekerja Dipindah Dan Diberhentikan

Diterbitkan Februari 28, 2024 ยท Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan membatalkan usaha selama sedekad untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) Apple Car, menurut Bloomberg.

Berkaitan

  • Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro - Mark Zuckerberg
  • Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras - Apple
  • Apple Atasi Samsung Kuasai Pasaran Telefon Pintar Eropah

Keputusan itu dimaklumkan secara dalaman kepada hampir 2,000 pekerja oleh COO Apple, Jeff Williams dan Kevin Lynch, yang telah mengetuai projek Apple Car sejak 2021.

Kedua-dua eksekutif memberitahu bahawa projek berkenaan akan mula ditamatkan dan sejumlah pekerja dalam pasukan itu akan berpindah ke bahagian kecerdasan buatan (AI) untuk memberi tumpuan kepada projek AI generatif, yang diketuai oleh John Giannandrea.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak akan diberikan kepada semua yang bekerja di bawah projek Apple Car.

Sesetengah pekerja terutamanya jurutera perkakasan dan pereka, mungkin boleh memohon pekerjaan dengan pasukan Apple yang lain, tetapi tetap akan berlaku pemberhentian.

Berdepan pelbagai masalah sejak awal

Mengimbas kembali laporan mengenai Apple Car mula muncul sekitar 2014. Sejak dari awal, projek itu berdepan dengan pelbagai masalah.

Strategi pasukan telah beberapa kali berubah dan Apple juga mengalami beberapa perubahan kepimpinan.

Ketua Apple Watch Kevin Lynch mengambil alih projek itu pada tahun 2021, selepas Doug Field mengundur diri.

Keputusan untuk menghentikan projek tersebut merupakan kejutan bagi syarikat itu, dengan menamatkan usaha berbilion dolar yang dipanggil Project Titan untuk menyaingi Tesla.

Namun begitu, ia mungkin tindakan terbaik untuk Apple mengundur diri dalam persaingan EV.

Ini kerana, Tesla, perintis revolusi EV di AS, telah memberi amaran kadar pengembangannya akan “jauh lebih rendah” tahun ini.

Pertumbuhan jualan EV domestik akan merosot kepada 11 peratus tahun ini daripada anggaran kadar pertumbuhan 47 peratus pada 2023, menurut ramalan oleh UBS AG.

Sumber: Bloomberg, via Yahoo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY