Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CERAWeek 2026 oil and energy conference

Presiden Microsoft Gesa Peraturan Global AI – Dakwa Mesin Basuh Ada Lebih Banyak Peraturan Keselamatan

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Amalina Athman

Presiden Microsoft, Brad Smith, menggesa supaya peraturan global bagi kecerdasan buatan (AI) diwujudkan segera kerana teknologi itu ketika ini tertakluk kepada keperluan keselamatan yang lebih longgar berbanding produk harian seperti susu dan mesin basuh.

Seperti dilaporkan Reuters, Smith dalam temu bual bersama BBC berkata peraturan keselamatan yang seragam di peringkat global perlu diwujudkan, termasuk penggunaan penilai bebas untuk menilai perkembangan baharu AI.

Beliau turut mencadangkan supaya syarikat diwajibkan menyediakan laporan insiden, memaklumkan individu yang terjejas sekiranya sistem mereka diceroboh oleh ejen AI yang bertindak di luar kawalan, serta menyediakan mekanisme “brek kecemasan” bagi menangani situasi sedemikian.

Menurut Smith, pengalaman mengawal selia produk lain boleh dijadikan panduan untuk merangka langkah keselamatan bagi AI.

“Kita tahu cara melakukan perkara ini untuk produk lain. Kita perlu memanfaatkan pengetahuan itu dan memikirkan cara untuk menerapkannya kepada AI. Ketika ini, mesin basuh anda tertakluk kepada lebih banyak peraturan keselamatan berbanding AI. Setiap kotak susu yang anda lihat di kedai runcit juga tertakluk kepada peraturan keselamatan dan pemeriksaan.” katanya.

Gesaan itu hadir ketika syarikat teknologi seperti Anthropic dan OpenAI mula mendedahkan tingkah laku ejen AI yang menyimpang atau tidak diingini. Perkembangan AI yang pesat turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyelidik mengenai risiko teknologi tersebut, termasuk kemungkinan ia menjadi ancaman terhadap kewujudan manusia.

Pada masa sama, cadangan untuk memperlahankan pembangunan AI mencetuskan perdebatan tentang kemungkinan syarikat teknologi mempunyai kepentingan tersendiri. Antaranya termasuk usaha mengekalkan kelebihan berbanding pesaing, mengelakkan tindak balas kerajaan yang lebih tegas atau mengawal perbelanjaan pembangunan yang meningkat dengan pantas.

Bagi Smith, Britain berada pada kedudukan baik untuk menerajui usaha mengawal selia AI, memandangkan Institut Keselamatan AI ditubuhkan ketika Rishi Sunak menjadi Perdana Menteri. Institut itu mendapat akses kepada model AI utama sebelum pelancarannya melalui perjanjian sukarela, sekali gus membolehkannya menilai keupayaan dan risiko model berkaitan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Model AI Makin Kerap 'Hack' Sistem Ketika Ujian - Antara Realiti, 'Humble Brag' Atau Kedua-Duanya
  • Microsoft Ikut Apple, Uji Ciri Tetapan RAM Secara Manual Dalam Windows 11
  • Bill Gates Beri Amaran Dunia Belum Bersedia Hadapi Pergolakan Akibat AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY