Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TIME Nobatkan Telefon Pintar Lipat 3 Huawei Dan Telefon Lipat Ternipis HONOR Antara Ciptaan Terbaik 2024

TIME Nobatkan Telefon Pintar Lipat 3 Huawei Dan Telefon Lipat Ternipis HONOR Antara Ciptaan Terbaik 2024

Diterbitkan Disember 5, 2024 · Dikemas kini Disember 5, 2024 oleh ariff bukhari

Jenama media global terkemuka, TIME telah memilih telefon pintar lipat 3 Huawei Mate XT Ultimate Design dan Honor Magic V3 sebagai antara 10 ciptaan terbaik 2024 bagi kategori Pengguna Elektronik.

Huawei menjadi syarikat pertama yang membawa telefon boleh lipat tiga skrin ke pasaran menerusi Mate XT Ultimate Design.

Hanya tersedia di China sahaja buat masa ini, peranti ini mempunyai paparan 10.2 inci. Tapi ia boleh dibuka sepenuhnya ke dalam konfigurasi landskap seperti tablet.

TIME Nobatkan Telefon Pintar Lipat 3 Huawei Dan Telefon Lipat Ternipis HONOR Antara Ciptaan Terbaik 2024
Ia juga mempunyai mod dua skrin, dan dimuatkan dengan bateri 5,600 mAh.

Pengguna boleh mendapatkan sehingga 1TB storan pada peranti, yang menampilkan kamera empat lensa yang boleh beroperasi dalam mana-mana konfigurasi lipatan telefon.

TIME juga mengiktiraf Honor Magic V3 sebagai ciptaan telefon pintar nipis terbaik 2024 yang juga merupakan telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia.

TIME Nobatkan Telefon Pintar Lipat 3 Huawei Dan Telefon Lipat Ternipis HONOR Antara Ciptaan Terbaik 2024
Magic V3 hanya setebal 9.2 milimeter apabila dilipat dan berat sederhana 226 gram.

Peranti ini dimuatkan dengan bateri silikon-karbon yang nipis seperti kad kunci hotel dan dilengkapi dengan alat AI canggih yang meningkatkan kejelasan panggilan, penyuntingan foto dan banyak lagi, dan kamera dengan empat lensa definisi tinggi.

HONOR Magic V3, yang sudah berada di pasaran Malaysia sejak September 2024 lalu dijual pada harga RM6,999 dan anda boleh baca ulasan kami di SINI.

Screenshot 2024-12-05 at 6.13.23 PM

Buat pengetahuan, Huawei Mate XT Ultimate Design dan Honor Magic V3 antara 200 ciptaan terbaik pilihan TIME untuk tahun 2024.

Berkaitan

  • HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999
  • Huawei Mate XT, Telefon Tri-Lipat Pertama Dunia Dilancarkan
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: TIME

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY