Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo OriginOS 6 Kini Global – UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI

vivo OriginOS 6 Kini Global – UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI

Diterbitkan Oktober 15, 2025 oleh Amsyar Latif

vivo hari ini melancarkan versi global OriginOS 6, sistem operasi paling canggih syarikat itu yang menandakan era baharu interaksi manusia dan AI.

Bersempena ulang tahun ke-30 vivo, sistem baharu ini dibina berasaskan tiga teras utama — kelancaran, reka bentuk dan kecerdasan buatan (AI).

vivo OriginOS 6 Kini Global – UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI

OriginOS 6 hadir dengan Origin Smooth Engine, yang menyelaras modul teras seperti storan, paparan dan pemprosesan untuk pengalaman yang lebih responsif.

Ciri 8+1 Ultra-Core Computing meningkatkan kelajuan buka aplikasi sebanyak 18.5% dan kestabilan kadar bingkai 10.5%.

Teknologi Dual Rendering pula menjadikan animasi lebih lancar sehingga 35% serta lebih stabil di bawah beban tinggi.

vivo OriginOS 6 Kini Global – UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI

Model vivo X300 Pro yang menjalankan OriginOS 6 turut menerima pensijilan SGS bagi kelancaran jangka panjang selepas simulasi penggunaan selama lima tahun.

Sistem Origin Design memperkenalkan gaya visual minimalis dengan warna dinamik, tipografi baharu vivo Sans yang menyokong 40 bahasa, dan antara muka lebih hidup seperti Dynamic Glow serta Translucent Color.

Pengguna kini boleh mengubah saiz widget, menyesuaikan fon dan menggunakan Flip Cards yang memaparkan foto dengan animasi semula jadi.

vivo OriginOS 6 Kini Global – UI Lebih Kemas, Prestasi Lancar, vivo AI

vivo AI kini bekerjasama dengan Google untuk integrasi Gemini dan Circle to Search.

Ciri seperti Origin Island, AI Erase, AI Image Expander, dan AI Photo Enhance menjadikan navigasi, suntingan imej serta produktiviti harian lebih mudah.

vivo turut menambah baik keselamatan dengan teknologi BlueVolt serta jenama vivo Security untuk perlindungan data yang lebih mantap.

OriginOS 6 akan dilancarkan secara berperingkat bermula November 2025, dengan jadual naik taraf bergantung kepada pasaran masing-masing.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • vivo V60 Lite 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1,199
  • Siri vivo X300 Dilancar, X300 Pro Perkenal Super Telefoto 200MP ZEISS APO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY