Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Atari® Gamestation Go.

Pra Tempah Konsol Mudah Alih Atari Kini Dibuka

Diterbitkan September 29, 2025 · Dikemas kini September 29, 2025 oleh ariff bukhari

My Arcade®, jenama terkemuka dalam permainan retro, telah melancarkan konsol pegang tangan terbaru mereka — Atari® Gamestation Go.

Konsol ini menampilkan lebih 200 permainan klasik terbina , termasuk Asteroids, Centipede, Missile Command, Breakout dan PAC-MAN™, yang berasal dari siri Atari 2600, 5200, 7800 dan arked.

Gamestation Go direka dengan skrin warna beresolusi tinggi bersaiz 7 inci, serta kawalan unik seperti paddle, butang gamepad klasik (A,B,X,Y)  dan papan nombor untuk pengalaman permainan sebenar.

Teknologi SmartGlow™ turut disertakan bagi memudahkan pemain mengenal pasti kawalan yang diperlukan untuk setiap permainan.

Atari® Gamestation Go.

Konsol ini dilengkapi sambungan Wi-Fi untuk kemas kini, , HDMI, USB-C dan bateri boleh dicas semula yang mampu bertahan sehingga 5 jam.

Atari® Gamestation Go akan tersedia mulai Oktober 2025 dengan pra-tempahan kini dibuka pada harga USD179.99 (RM769.37) di GameStop, EB Games dan laman rasmi Atari.

Walau bagaimanapun, Atari® Gamestation Go tidak akan tersedia awal untuk pasaran Malaysia yang mana peminat terpaksa menunggu pelancaran globalnya yang belum dipastikan.

Berkaitan

  • Acer Lancar Konsol Permainan Mudah Alih Dengan Saiz Skrin 11 Inci
  • Switch 2 Dominasi Pasaran Konsol Mudah Alih, Xbox ROG Ally Menyusul, Sony Masih Tengok
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY