Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Switch 2 Dominasi Pasaran Konsol Mudah Alih, Xbox ROG Ally Menyusul, Sony Masih Tengok

Diterbitkan Ogos 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Pelancaran Nintendo Switch 2 pada Jun 2025 terus membuktikan dominasi Nintendo dalam pasaran konsol mudah alih. Dalam masa hanya tujuh minggu, Switch 2 berjaya mencatat jualan 5.8 juta unit, menjadikannya antara pelancaran paling berjaya dalam sejarah industri.

Konsol hibrid ini kekal digemari kerana keupayaannya dimainkan di rumah atau dibawa ke mana-mana, ditambah pula dengan game eksklusif seperti Mario dan Zelda yang hanya terdapat pada platform Nintendo.

Melihat kejayaan itu, Microsoft hadir dengan strategi baharu melalui Xbox ROG Ally, hasil kerjasama dengan Asus. Peranti ini direka khusus untuk gamer tegar dengan spesifikasi ala PC mudah alih, skrin di tengah serta kawalan seakan pengawal Xbox.

AFP
Foto: AFP

Ia dijadualkan mula dipasarkan pada 16 Oktober 2025, namun harga masih belum diumumkan. Microsoft berharap ROG Ally bukan sahaja meningkatkan jualan perkakasan, tetapi juga mengukuhkan ekosistem Xbox dan Game Pass.

Dalam segmen sama, Valve telah pun mencatat kejayaan dengan Steam Deck yang dilancar pada 2022. Dengan jutaan unit terjual, ia menjadi pilihan utama komuniti PC yang mahu pengalaman gaming mudah alih. Di sinilah ROG Ally perlu bersaing secara langsung.

Sony pula mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Selepas kegagalan PlayStation Vita, syarikat itu melancarkan PlayStation Portal pada 2023, tetapi ia hanya menyokong fungsi remote play dari PS5. Dengan anggaran jualan sekitar dua juta unit, Sony masih belum benar-benar kembali ke pasaran konsol mudah alih.

Kesimpulannya, Switch 2 kini mendominasi, Xbox ROG Ally bersedia mengejar, Steam Deck kekal kukuh, manakala Sony sekadar melihat perkembangan sebelum membuat langkah seterusnya.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Hampir 6 Juta Terjual, Switch 2 Berpotensi Jadi Konsol Terlaris Dalam Sejarah Nintendo
  • ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY